Monday, 28 September 2020

2 way 20A Water Heater Switch Connection

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Lama saya tak tulis di blog ini. Alhamdulillah hari ini saya nak kongsi cara-cara menyambung wayer pada suis 20A, 2 hala (2 way switch) yang mana suis ini biasanya digunapaki untuk mengawal arus elektrik ke water heater dan juga boleh digunapakai untuk apa-apa sahaja peralatan yang mana bebanan elektriknya pada kadar 20A yang mana kawalan suis nya diberlainan tempat. Mudah-mudahan ianya dapat membantu sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini. Sila rujuk gambarajah skematic yang saya sertakan sebagai rujukan...

Sekian terima kasih.





Friday, 21 August 2015

Kompressor tiba-tiba berenti pastu jalan balik

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Pernah tak aircond rumah korang sekejap sejuk pastu tak sejuk...lama sikit sejuk balik  pastu tak sejuk semula. Nak tau kenapa jadi camtu?. Sebabnya compressor tu dah panas sebab tu le dia stop bekerja. Untuk pengetahuan korang dekat compressor tu ada satu alat yang dinamakan `Thermostat Relay'. Tugas dia adalah untuk memutuskan current bila compressor tu panas terlampau bagi menghalang daripada compressor tersebut rosak. Bila compressor dah sejuk semula thermostat tersebut akan membenarkan current melaluinya untuk menggerakkan compressor bekerja.

Punca compressor tersebut jadi macam tu adalah kerana beberapa faktor dan diantaranya ialah :

1) Overload :

Compressor menerima current (amphere) yang tinggi daripada yang ditetapkan oleh spesifikasi (refer lebel pada cover compressor).

Semasa compressor berfungsi cuba periksa current yang masuk dengan menggunakan clamp meter. Set clamp meter pada lebel `A' kemudian clamp pada wayer supply (live wire) biasanya yang berwarna coklat (Boleh periksa guna test pen). Kemudian lihat bacaan pada clamp adakah dalam range yang ditetapkan oleh spesifikasi (Kebiasaan 5 Amp kebawah) jika lebih bermakna compressor sedang bekerja keras melebihi daripada keupayaanya yang sebenar. Jika berterusan boleh menyebabkan compressor tu rosak.

2) Compressor Overheat :

Punca overload current pulak adalah kerana gas yang berlebihan menyebabkan saluran paip gas copper tekanan tinggi  (paip yg kecil) ataupun rendah (paip yang besar) samada  tersumbat disebabkan cecair R22 tidak sempat dimampatkan menjadi gas sejuk lalu masuk kedalam keseluruhan sistem paip2 tersebut. Selain tu mungkin terdapat paip tekanan tinggi/rendah yang patah atau kemek lalu gas R22 tidak dapat melaluinya dengan sempurna dan lancar.

Ketiadaan gas (bukan kekurangan) juga boleh dijadikan antara faktor penyebab. Kompressor aircond memerlukan cecair Freon yang mencukupi untuk bekerja dengan lancar bagi menukarkan cecair tersebut kepada gas sejuk dalam bentuk tekanan tinggi untuk disalurkan melalui paip copper ke indoor unit dan membawa keluar udara panas didalam bilik kita. So kalau cecair Freon ni takde alamat tak lancar le pergerakkan compressor dan compressor akan menghasilkan udara yang panas je.

Untuk memeriksa tekanan gas (psi) korang mesti menggunakan alat yang dipanggil `Manifold Gauge Meter'. Kat situ korang boleh check samada gas aircond korang kurang atau berlebih.

Kalau takde korang ikut step yang pertaman dulu kalu confirm boleh le panggil panggil technician tolong tengokkan.

3) Thermistor & Thermostat Tempreture Sensor :

Benda ni pun boleh jadi punca juga sebab tugas dia ialah mengawal suhu dan menghantar signal kepada compressor samada perlu bekerja atau tidak (cut off). Harganya dlm lingkungan Rm10-15 satu.

4) Thermostat Overload Relay :

O.k yg ni pulak letak dia dekat compressor. Atas compressor tu ada cap, kat dlm cap tu le tempat dia. Tugas dia aku dah citer kat no. 1 tadi. Kalau korang nak tukar benda ni pastikan jgn tersalah sambung wayer dia sbb ada marking kat thermostat tu 1, 2 & 3. Wayer yg nak kena sambung tu pun kena tau juga yg mana satu R (Run), C (comon) & S (supply) takut karang tak bergerak pulak compressor tu. Aku advise korang tandakan dulu baru cabut wayer tu...klu dah expert takpe. Benda ni pun dalam Rm10-15 hinggit le juga. Kalau upah orang Rm50 dlm tangan.

5) Kipas kompressor lemah :

Pun boleh jadi punca kerana apabila kipas outdoor ni berpusing pelahan atau tidak berpusing maka udara panas yang dibawa keluar dari dalam bilik terperangkap didalam pipe copper menyebabkan gas sejuk tidak terhasil. Cara nak service boleh refer pada post sebelum ni.

O.k le itu le yang sekatat aku tahu dengan pengalaman yg cetek ni kalau2 boleh membantu korang. Sebelum korang panggil technician korang boleh check dulu perkara yg aku citer kat atas tu supaya korang tak kena tipu macam2 rosak nak kena ganti. Korang cuba kerja yg paling senang dan murah dulu pastu kalau x boleh jugak dan peralatan pun x de baru le panggil technician.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca...

Wednesday, 19 August 2015

Aku Repair Sendiri - Aircond Tak Sejuk Kompressor Tak Jalan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Aku nak kongsi pengalaman troubleshooting, kenapa tiba-tiba aircond rumah kita tak sejuk keluar angin je. Filter, condenser indoor/outdoor, blower fan semua dah servis tapi tak jugak sejuk2...

Jangan panik, masaalah ni biasa le terjadi tak kira le aircond baru ke lama ke baru servis ke, kalau dia nak buat hal dia tak kira semua tu.

Biasanya problem macam ni disebabkan kapasitor kompressor dah rosak. So dia tak dapat nak energize voltage/current pada compressor dan juga kipas compressor tersebut. Jadi bila kita on aircond voltage/current tak melepasi capasitor tu. Camana nak tau yang mana satu kapasitor compressor ni?. Untuk pengetahuan korang dekat compressor tu ada 2 kapasitor. Yang besar berkilat berbentuk silinder macam tin susu (tapi kecik dari tin susu le) dengan yang kecil berwarna hitam. Yang berbentuk silinder tu untuk compressor dan yang hitam tu untuk motor kipas compressor.

Camana nak tau yang kapasitor tu dah rosak?. Haha..senang je  melalui pendengaran kita boleh tau, bila kompressor tu senyap tak berbunyi pastu kipas pun tak berpusing, tu maknanya kapasitor silinder tu dah rosak le tu. Tapi kalau kipas berpusing kompressor je tak berdengung, yang ni bab lain pulak, takde kene mengena dengan kedua-dua kapasitor tu  rosak. Kebiasaanya current yang masuk ke compressor akan melalui kapasitor kompressor dulu baru ke kapasitor motor kipas. Kita boleh gunakan kapasitor meter untuk periksa tapi kalau takde cukup le dengan kaedah diatas ni lagi pun bukan le mahal sangat kapasitor tu..Rm 10 hinggit je kalau beli kat kedai aircond le.

Nak gantinya senang je, seperti biasa offkan dulu aircond kemudian korang kena buka cover outdoor kompressor tu nanti korang akan nampak 1 benda yang berkilat berwarna putih berbentuk silinder macam tin susu (tapi kecil sikit le). AMARAN..sebelum korang pegang kapasitor ni korang kena discharge dulu kapasitor tersebut sebab tugas kapasitor ni adalah menyimpan voltage/current sebelum di supply kepada bebannya. Macam store le..Cara nak discharge ialah dengan menggunakan skru diver yang panjang dan sentuhkan pada kedua2 terminal diatas kapasitor tersebut untuk beberapa saat sahaja dah cukup. Skru driver ni mestilah tidak bersalut penebat kecuali pemegangnya sahaja kalau tak keras kejap korang kat situ..hihihi. Dah discharge aku syorkan korang ambil gambar dulu terutama pada penyambungan wayer terminal supaya nanti korang boleh refer semula kalau terlupa kat mana nak sambung wayer ke terminal kapasitor baru nanti. Dah cabut boleh le beli kat kedai aircond dan pastikan spesifikasi yang tertera pada kapasitor baru nanti sama dengan yang rosak tu terutama pada saiz `uf' , Hz dan juga voltage.

Ok tu je..senang kan. Tak perlu upah orang sendiri pun boleh buat..hihihi

Sekian terima kasih semuga dapat membantu.





Tuesday, 18 August 2015

Aircond Kurang Sejuk- Cara Mudah Nak Servis Aircond Rumah

Assalamualaikum & Selamat sejahtera...

Aku nak cerita sikit cara nak nak servis sendiri aircond korang kat rumah tu. Caranya mudah je tak perlu ada kepakaran pun boleh buat. 

1) Filter :

Buka cover depan indoor unit dan kasi keluar filter kat dalam tu. Filter ni kena sentiasa dibersihkan sekurang2nya 1 bulan sekali.

Basuh dengan sabun serbuk kemudian sental dengan berus plastik (jangan guna berus sabut). Pastu bilas dengan air paip. Jemur sehingga kering.

2) Indoor Condensor Coil :

Sementara tunggu filter tu kering, boleh le korang godek sikit kasi vacuum kat condenser coil dan lubang2 yang ada pada cover indoor unit tu kasi buang habuk dia. Kalau ada habuk yang degil sangat melekat tak nak keluar kat condensor coil tu cara dia senang je. Ambil spray masukkan air paip kasi spray sikit bagi lembab. Sebelum tu tutup off kan suis aircond/cabut plug, cover tempat2 elektronik board dengan plastik.

Kemudian ambil le berus gigi yang dah tak digunakan/berus kiwi kasut/berus plastik ataupun berus cat, sapu perlahan-lahan kat condensor tu. Tapi hati-hati jangan sampai mencederakan `sirip aluminium' pulak (yang macam bentuk sikat tu). Cuci sampai puas hati. 

3) Blower Fan :

Blower fan ni kalau habuk tebal melekat dekat badan dia, angin akan menjadi pelahan sebab tu korang rasa udara sejuk yang keluar tu macam tak sampai je. Cara nak cuci blower fan ni tak perlu susah hanya guna kaedah vacuum dan gosok dengan berus gigi atau berus cat. Jangan spray dengan air takut nanti habuk tu melekat susah nak vacuum.

4) Outdoor Compressor Coil :

Yang ni pun kena cuci jugak. Cuba jengok kat sirip kompressor tu, kalau habuk dah tebal sampai tak nampak coil dalamnya maknanya memang dah kena sental le tu. Cara dia sama gak macam nak cuci indoor condensor coil. Tembak je dengan air tapi kalau tak boleh juga terpaksa le buka cover outdoor tu kemudian sental dengan berus plastik dan cuci dengan serbuk sabun. Pastu bilas dengan air semula. Cuci sampai nampak coil kat dalam tu dan kalau boleh penglihatan kita tembus menerusi sirip tu tadi. Jangan takut nak siram air sebab compressor ni memang dah direka untuk tahan hujan/panas. 

Dah siap semuanya boleh le pasang semula air filter yang dah kering tadi dengan cover sekali. Pastu cuba rasa udara yang keluar tu ada perbezaan ke tak dari sebelum korang servis. Kalau sama je rasanya baru le kena buat chemical servis. Part ni nanti kita citer kemudian o.k..

Hahaha..senangkan tak perlu susah2 nak panggil orang buat kerja ni. Sendiri servis puas hati.

Terima Kasih dan Selamat Mencuba..

Thursday, 13 August 2015

Masalah Kipas Kompressor (Outdoor) Tak Berpusing



Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Hari ni aku nak citer camana nak troubleshooting kipas kompressor tak jalan. Kalau boleh membantu korang..Alhamdulillah. Rasanya tak luak pun ilmu kalau aku share ngan korang ni mana tau korang boleh cuba praktikkan kot2 boleh save duit korang...hihihi
Biasanya berlaku bila korang rasa indoor korang dah tak berapa nak sejuk, keluar angin je lebih. Filter pun dah cuci tapi camtu jugak. Apa ke hal nye ni. Jgn panggil technician lagi, korang check dulu macam step kat bawah ni kalau rasa senang nak buat, korang buat sendiri je. Tapi apa2 pun dalam kepala kena ingat `current ada tak ni?'..hahaha takut karang terkujur kaku pulak kang. Nasihat aku kalau tak berani jangan menggatal tangan nak cuba..o.k.

Step 1 : Mula2 korang on kan aircond pastu check kat remote setting pada `cool' dan fan maksimun (pastikan jgn set pada auto pulak). 

Step 2 : Pergi kat outdoor cuba rasa pada paip copper sejuk ke tak kemudian tengok kipas kompressor tu samada berpusing atau tak berfungsi. Kalau kipas tak berfungsi ada dua kemungkinan samada kapasitor kipas (yang kecik warna hitam) dah rosak atau pun motor kipas tu yang rosak. Rujuk gambar kat bawah ni. 
                       
                                 (Fan Capasitor)                           (Compressor Fan Motor)
                                          
Image result for fan capacitorImage result for aircon compressor fan motor
                       
Step 3 :         Offkan aircond dengan segera, pastu pergi ke kompressor tanggalkan baju dia dan cari kapasitor tu pastu bawa pergi kedai aircond atau kedai hardware cari capasitor yang sama macam sediada. Kat kapasitor tu ada tertera perkataan `uf' pastikan nilai uf ni sama dengan yang baru. Kebiasaannya untuk 1hp-1.5hp bersaiz 2uf. Perlu diingatkan bahawa specifikasi lain yang ada pada kapasitor tersebut juga mesti sama. Haha..sebelum korang cabut wayer kapasitor tu ambil le gambar dulu sbb ada 3 wayer yang perlu disambungkan pd kapasitor tu balik takut nanti terlupa dan tersalah sambung mau tak bergerak jugak kipas tu nanti. Kos kapasitor ni dalam Rm 2 je..hihihi klu technician datang banyak lagi le benda korang kena kencing. Gas tak cukup le, kapasitor kompressor le kena ganti dan tah apa2 lagi tah..

Step 4 :       Dah tukar kapasitor tu on semula aircond cer tengok kipas tu jalan ke idak, kalau jalan tengok pulak kat paip copper samada sejuk dan berpeluh ataupun panas je. Kalau sejuk maksudnya compressor tu dah o.k boleh bekerja macam normal semula..off semula aircond kemudian pakaikan semula baju kompressor tu. Jgn lupa pulak…

Selanjutnya jika dah tukar kapasitor tapi kipas tak berpusing jugak, alamat kena tukar motor kipas tu.

Step 1 :   Buka nut pada kipas dan skru pada motor yang melekat kat tapak kompressor. Sebelum tu mcm biasa le..ambil gambar dulu sebelum cabut wayer terlekat pada                         motor kipas nanti karang tak tau pulak nak sambung balik.

Step 2 :     Bawa motor aje ke kedai jual aircond dan gantikan yang baru. Pastikan diameter
motor, kedudukan tapak dan juga lubang skru motor yang baru sama seperti yang sediada 
takut nanti tak boleh masuk ke lubang asal ditapak compressor dah nak kena
modify pulak..satu kerja lah lagi. (Biasanya harga motor ni dalam RM 120
kebawah..bergantung pada model motor).


Harap dapat membantu 

Terima kasih dan `Selamat Mencuba’

`ilmu dapat duit pun jimat’


Wednesday, 12 August 2015

Peralatan Repair Aircond

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Aku selalu baca masalah pasal aircond dalam blog orang tapi kali ni aku nak share sikit ilmu pengetahuan aku yang cetek ni kat korang. Sebenarnya aku bukan le ada kemahiran sangat cuma hobi aku suka buat research kemudian try and error. Senang citer D.I.Y lah gitu. Aku suka beli perkakasan untuk kerja repair merepair ni sampai hampir semua perkakasn aku ada nasib isteri aku tak bising and sporting serta memahami minat aku ni..uhh lega kalau tak mau membebel je aku kena makan hari-hari.

O.k lah aku bagi tip sikit pengalaman aku bila mengadapi aircond rumah aku yang rosak. Untuk pengetahuan kat rumah aku ada 5 unit aircond jadi nak kurangkan kos maintenance kena le belajar teknik2 nak baiki dan kena juga le beli barang2 keperluannya. Biasanya technician kalau malas nak repair dorang suruh ganti baru je, tapi sebenarnya kalau korang rajin buat troubleshoot ni korang akan repair sampai boleh..tak payah nak ganti seketul pun cuma ganti sparepart je rupanya...hihihi

Peralatan barang2 keperluan yang patut2 ada le kalau korang nak buat servis atau nak repair sendiri adalah seperti berikut :

1) Manifold gauge
 

2) Gas R22 atau R410a : (yang ni ikut korang punya aircond unit le biasanya ada mention dekat lebel sebelah kompressor kat luar tu klu R410a tong dia warna pink camtu)

         Image result for freon gas r22Image result for freon gas r22

3) Pemotong copper :

 Related image Image result for copper cutters

4) Copper Flaring tools :


Image result for flaring tool

5) Spanar hidup (yang ni tak payah citer lah klu x kenal x payah buat panggil org servis aircond buat..hihihi)
6) Allenkey
7) Test pen
8) Skru driver
9) Air sabun & span
10) Avacuate pump (ni jika perlu je)

Semua kat atas tu kalau korang nak beli aku suggest pergi cari kat kedai jual aircond. Kat sana murah sikit daripada hardware.

Sekian terima kasih.