Friday 21 August 2015

Kompressor tiba-tiba berenti pastu jalan balik

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Pernah tak aircond rumah korang sekejap sejuk pastu tak sejuk...lama sikit sejuk balik  pastu tak sejuk semula. Nak tau kenapa jadi camtu?. Sebabnya compressor tu dah panas sebab tu le dia stop bekerja. Untuk pengetahuan korang dekat compressor tu ada satu alat yang dinamakan `Thermostat Relay'. Tugas dia adalah untuk memutuskan current bila compressor tu panas terlampau bagi menghalang daripada compressor tersebut rosak. Bila compressor dah sejuk semula thermostat tersebut akan membenarkan current melaluinya untuk menggerakkan compressor bekerja.

Punca compressor tersebut jadi macam tu adalah kerana beberapa faktor dan diantaranya ialah :

1) Overload :

Compressor menerima current (amphere) yang tinggi daripada yang ditetapkan oleh spesifikasi (refer lebel pada cover compressor).

Semasa compressor berfungsi cuba periksa current yang masuk dengan menggunakan clamp meter. Set clamp meter pada lebel `A' kemudian clamp pada wayer supply (live wire) biasanya yang berwarna coklat (Boleh periksa guna test pen). Kemudian lihat bacaan pada clamp adakah dalam range yang ditetapkan oleh spesifikasi (Kebiasaan 5 Amp kebawah) jika lebih bermakna compressor sedang bekerja keras melebihi daripada keupayaanya yang sebenar. Jika berterusan boleh menyebabkan compressor tu rosak.

2) Compressor Overheat :

Punca overload current pulak adalah kerana gas yang berlebihan menyebabkan saluran paip gas copper tekanan tinggi  (paip yg kecil) ataupun rendah (paip yang besar) samada  tersumbat disebabkan cecair R22 tidak sempat dimampatkan menjadi gas sejuk lalu masuk kedalam keseluruhan sistem paip2 tersebut. Selain tu mungkin terdapat paip tekanan tinggi/rendah yang patah atau kemek lalu gas R22 tidak dapat melaluinya dengan sempurna dan lancar.

Ketiadaan gas (bukan kekurangan) juga boleh dijadikan antara faktor penyebab. Kompressor aircond memerlukan cecair Freon yang mencukupi untuk bekerja dengan lancar bagi menukarkan cecair tersebut kepada gas sejuk dalam bentuk tekanan tinggi untuk disalurkan melalui paip copper ke indoor unit dan membawa keluar udara panas didalam bilik kita. So kalau cecair Freon ni takde alamat tak lancar le pergerakkan compressor dan compressor akan menghasilkan udara yang panas je.

Untuk memeriksa tekanan gas (psi) korang mesti menggunakan alat yang dipanggil `Manifold Gauge Meter'. Kat situ korang boleh check samada gas aircond korang kurang atau berlebih.

Kalau takde korang ikut step yang pertaman dulu kalu confirm boleh le panggil panggil technician tolong tengokkan.

3) Thermistor & Thermostat Tempreture Sensor :

Benda ni pun boleh jadi punca juga sebab tugas dia ialah mengawal suhu dan menghantar signal kepada compressor samada perlu bekerja atau tidak (cut off). Harganya dlm lingkungan Rm10-15 satu.

4) Thermostat Overload Relay :

O.k yg ni pulak letak dia dekat compressor. Atas compressor tu ada cap, kat dlm cap tu le tempat dia. Tugas dia aku dah citer kat no. 1 tadi. Kalau korang nak tukar benda ni pastikan jgn tersalah sambung wayer dia sbb ada marking kat thermostat tu 1, 2 & 3. Wayer yg nak kena sambung tu pun kena tau juga yg mana satu R (Run), C (comon) & S (supply) takut karang tak bergerak pulak compressor tu. Aku advise korang tandakan dulu baru cabut wayer tu...klu dah expert takpe. Benda ni pun dalam Rm10-15 hinggit le juga. Kalau upah orang Rm50 dlm tangan.

5) Kipas kompressor lemah :

Pun boleh jadi punca kerana apabila kipas outdoor ni berpusing pelahan atau tidak berpusing maka udara panas yang dibawa keluar dari dalam bilik terperangkap didalam pipe copper menyebabkan gas sejuk tidak terhasil. Cara nak service boleh refer pada post sebelum ni.

O.k le itu le yang sekatat aku tahu dengan pengalaman yg cetek ni kalau2 boleh membantu korang. Sebelum korang panggil technician korang boleh check dulu perkara yg aku citer kat atas tu supaya korang tak kena tipu macam2 rosak nak kena ganti. Korang cuba kerja yg paling senang dan murah dulu pastu kalau x boleh jugak dan peralatan pun x de baru le panggil technician.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca...

421 comments:

  1. nk tanye...air cond mati selepas beberapa saat hidup. blower fan terus palilng laju dan air cond off. ad blinking hijau n merah...betul ke blower fan yang rosak dab berapa kosnya? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply..apa pun just nak kongsi pengalaman biasanya kalau blinking ni board sensor detect ada masalah pada aircond samada indoor ataupun outdoor. Jumlah bilangan blinking tu ada maksud tertentu (kena refer pada buku manual oparation). Tapi kalau kebiasaannya berlaku pada outdoor samada gas berkurangan tapi compressor masih berjalan. Blower fan ni susah nak rosak kalau dia berpusing maksudnya o.k lagi tu dan tak perlu tukar pun. Harga motor blower fan ni dlm rm120 ke 160 bergantung pada jenama dan hp aircond..

      Delete
    2. Kalo ade blinking pada indoor cuba tukar cooper sensor, tak pon check outdoor(kipas,compressor&current)

      Delete
  2. salam..bleh tanya,utk aircond 4hp (R22),brp bacaan psi dier?mcm mana nk isi semula gas R22 ke dlm aircond tersebut?perlukah aircond tsebut running dhulu,baru bleh isi gas tsebut spt refill gas yg mcm biasa tu punya atau ada cara yg tertentu utk mengisi semula gas ke dlm compressor yg kosong tu? Utk makluman,sya bru tukar compressor yg baru (lama punya dah rosak). Boleh beri pjelasan.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaiknya isi gas menggunakan clamp meter, ikut bacaan (amp) pada spek airond

      Delete
  3. Salam nk tanya kalau on aircond lepas tuh compressors masuk terus trips aircond. Sbb apa ye punca ny? Mohon pejelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Compreses high amp..kong dah tu

      Delete
    2. Saya Punya Compressor Boleh Normal On 10 Minit. Lepas Tu Trip Breaker! Apa Masalah Ni?

      Delete
    3. Trip tu dimana..Mcb atau Elcb? Kalau dekat mcb maknanya overload tuan kena tukar mcb yg besar sikit saiznya atau lebih baik buat wiring baru gunakan mcb khas utk aircond sahaja jgn campur dgn soket yg lain. Kalau tip dekat elcb pula berkemungkinan kompressor atau aircond board ada kerosakkan..

      Delete
    4. Maaf...MCB tu apa? ELCB pulak yang mana satu?

      Delete
  4. Salam nak bertanya, aircond xsejuk, outdoor kipas berpusing, tapi tiada bunyi kuat seperti peti sejuk tu ... Apa yg perlu sy baiki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..maaf lambat balas tuan. Kebiasaannya capasitor yg rosak tuan. Sila tuan baca cara2 nak ganti capasitor dlm penjelelasan saya yg lain ye..

      Delete
    2. Tecnichian aircond 0176092325

      Delete
  5. As salam nk tanya sbb apa aircon umah saya sekejap sejuk lpas tu panas , off dlm sejam dia sejuk balik dlm 10 minit lbh ja pas tu panas balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..maaf lambat reply. Aircond biasanya sejuk je tuan tapi kalau mcm yg tuan maksudkan tu ada beberapa kebarangkalian. Pertama cuba reset semula remote control dan pastu off/on semula. Jgn setkan fan pada auto. Set paling maksima fan boleh pergi dan suhu paling rendah. Kedua mungkin thermister pada indoor rosak so dia hantat isyarat pada compressor suruh berhenti suhu dah sejuk. Ketiga samada kompressor overheat cecair terlebih atau terkurang. Perlua ada guage meter dan cable clamp utk periksa gas dlm kompressor..

      Delete
    2. Tumpang tnya mcm mna nk set fan prgi ke suhu pling rendah. .aircond saya set fan ke auto tu yg kjp sjk kjp pns sjk blk pulak

      Delete
  6. Aircond x sejuk. Semasa enjin hidup bunyi berdicit dicit. Dan bila saya perhatikan compressor x bepusing. Dan mungkin bunyi berdicit tu datang dari geseran belting? Adalah compressor saya jem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai..ni masalah aircond kereta nih..saya bukan pomen kereta tuan. Apa pun mungkin sama. Aircond sejuk sb adanya kompressor yg bekerja memampatkan cecair freon bertukar menjadi gas. Kalau dia tak bekerja cecair tersebut tak dapat di mampatkan so gas pun tak terhasil..

      Delete
  7. Nk tanye,sy ekon br..bila mula bukak akn mati sendiri..dlm 3 min je..pstu on off smpi 3 4x br ekon jln mcm biasa..knpe ek mcmtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaan kompressor akan mati sendirinya bila saluran paip tersumbat contohnya bengkok/kemek atau apa je yg menyebabkan cecair/gas yg memaluinya tidak dpt berjalan lancar. Mcm darah kita kalau tersumbat kita pun pitam camtu le kompressor..cuba periksa laluan paip copper tu terutama bahagian bending dan juga di indoor yg keluar dari dinding tu..

      Delete
    2. Cuba try reset balek remote aircond tuh

      Delete
  8. salam bos... sy mau tanya apa sbb kipas compressor berpusing hala ke kanan dan mcm mne nk bagi dia normal.. mgkin sy silap psg wire..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..setahu saya kalau kipas tu berpusing kira betul dah tu pasang wayer sbnya kipas tu single phase aje (live dan neutral) utk memusingkannya. Mungkin pasang kipas terbalik kot. Kipas ni mcm kipas syiling kat rumah gak kalau salah terminal tak berpusing le kipas tu bukannya pusing tapi berlawanan arah..

      Delete
  9. Assalamualaikum, nak tanya dan minta pendapat, boleh ke satu kompresor (1hp) luar tapi dua output blower (1hp) didalam rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..jawapan dlm praktikal boleh tapi kalau dalam teori tak boleh. Sbnya dlm praktikal kita boleh modify kalau kita tahu terutama pada elektrikal sb jika kedua2 indoor berfungsi dan membekalkan current pada kompressor akan terbakar silap2 meletup diterminal kompressor. Ni perkara pertama kalau nak modify ye. Dari segi teorinya kompressor akan selalu trip disebabkan tak cukup freon nak supply kepada kedua2 indoor tersebut. Dan kalaupun kesemuanya ok kebarangkalian indoor tersebut tidak akan sejuk.

      Delete
  10. Macam mana nak turukan current bawah dari 5amp aircond rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tuan boleh set suhu pada 21-24C. Set juga fan pada auto. Buka kipas syiling dengan sederhana laju. Ini akan mengurangkan penggunaan Kompressor berterusan bekerja pada amp yg maksima (refer label pada kompressor) untuk memdapatkan suhu paling sejuk (16C). Untuk menurunkan amp tapi nak suhu 16C rasanya tak boleh tuan sb kompressor memerlukan current yg memcukupi untuk memampatkan freon menjadi gas..

      Delete
  11. Salam tuan. Boleh ka kita taruk barang electrical atas outdoor kita? Contoh kita taruk LED board?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh takde masalah lagi pun x de board yg sensitive dlm kompressor. Nama pun ourdoor dah mmg di desing tahan lasak

      Delete
  12. Bole xde masalah dan xde bende yg sensitif dlm compresor..

    ReplyDelete
  13. Assalam sya bru lagi belajar tentang a/c ni, smlm sya cek a/c 1HP.. masalah ialah tak berapa sejuk. sya cek outdoor utk tambah gas pkai manifold gauge. Bacaan tak smpi 60psi pun.. then sya topup gas mcm biase sehingga bacaan 70psi.. lpas tu dlm berapa Saat Meter naik ke sampai over pressure(kawasan merah). Adakah kerana gas terlebih mampat?? Lalu indoor pun tak dpt nk disejukkan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..pertama sekali tahniah kerana berani mencuba. 60psi tu kebiasaannya dah cukup sejuk kalau jarak outdoor ke indoor dalam lingkungan 10 ke 15 kaki. Ukuran pressure yang baik diantara 50 ke 70 psi bergantung pada usia kompressor dan juga jarak yg dimaksudkan tadi. Kalau nak ambil bacaan biar selepas sekurang2nya 2 minit kompressor bekerja. Selain guna manifold guna juga clamp meter untuk mendapatkan ukuran sebenar jumlah gas yang ada dlm sistem aircond tu. Clamp meter ni cara dia sangkut kat wire live pada incoming terminal kompressor. Setkan pada amp dan tengok bacaan dia. Kemudian rujuk pada label yang ada kat cover body kompressor max. amp. Kalau rendah bermakna gas kurang kalau amp tinggi maksudnya gas berlebihan dan kena kurangkan..

      Ye betul tu kalau cecair freon terlalu banyak compressor tak sempat nak convertkan jadi gas jadi yang masuk dlm tube tu cecair freon je le bukannya gas..

      Harap dapat membantu ye..

      T.kasih keran sudi meluangkan masa..

      Delete
    2. Cuba check blower indoor kalo kotor pon tak sejuk jugak

      Delete
  14. As salam..sblm ni sy baru tuka cap compressor dan ac berfungsi dgn baik. Tp lps dua minggu tiba2 jadi tak sejuk. Kalau off seketika lps tu on blk, dia sejuk blk. Adakah thermostat atau relay yg problem? Kalau thermostat dok dekat compressor kan? Kalau relay nk cek dlm indoor atau outdoor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..tuan cuba periksa tekanan gas dulu takut2 overheat. Thermostat relay akan cut off jika overheat. Kalau tekanan gas ok baru tukar thermostat relay. Lokasi thermostat ni kat outdoor betul2 diatas kompressor. Nak ganti nya saya syorkan tuan ambil gambar dulu sebelum cabut wayer kecuali tuan mmg dah arif sbnya kat thermostat terminal tu ada marking L1,L2 & L3 kalau tak silap saya..

      Delete
  15. salam. nak tanya. kenapa air cond dia off n on sendiri.. beberapa saat je dia on n off. kompressor pusing. tp bila dia off compressor off. air cond sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...maaf tuan tak berapa faham dgn soalan ni. Mcm mana aircond boleh sejuk kalau kompressor jalan beberapa saat je. Kompressor atau kipas yg berpusing tu tuan. Masalah kalau kompressor on pastu off sendiri dlm beberapa saat tandanya kompressor tu dah nak off terus dah tu..melainkan dia on dlm beberapa minit pastu baru off berkemungkinan sistem tersumbat. Cuba cuci filter dan semua indoor/outdoor condensor..

      Delete
    2. Waalaikumsalam...maaf tuan tak berapa faham dgn soalan ni. Mcm mana aircond boleh sejuk kalau kompressor jalan beberapa saat je. Kompressor atau kipas yg berpusing tu tuan. Masalah kalau kompressor on pastu off sendiri dlm beberapa saat tandanya kompressor tu dah nak off terus dah tu..melainkan dia on dlm beberapa minit pastu baru off berkemungkinan sistem tersumbat. Cuba cuci filter dan semua indoor/outdoor condensor..

      Delete
  16. Assalamualaikum..saya nak tanya, saya onn aircond..menyala..lepas beberapa saat dia off semula...berulang kali saya on..mcm tu jgk berlaku..tpi kipas luar berbunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..cuba service aircond tuan. Bersihkan semua indoor dan outdoor kalau guna chemical cuci sirip pada condensor. Tak pun cuci guna air dan berus gigi..kebiasaannya pasal sistem dah kotor sangat tersumbat sebab tu jadi mcm tu.

      Delete
  17. Salam. Sy dah panggil org servis. Dia ckp compressor kong. Dia dah try tukar capacitor. Sebelum ni aircond kejap ok kejap tak. So mcm mana nak tau. Adakah sebab relay atau mmg compressor yg tak ok? Dia ckp 2nd hand compressor tukar rm500. Betul ke rate tu tuan..tkasih

    ReplyDelete
  18. Waalaikumsalam..kompressor nak tau samada kompressor kita kong atau tidak bila kita on terus je trip dekat ELCB maknanya seluruh system tak boleh function termasuk kipas sb kompressor tu dah shortage. Rate utk komprssor baru berdasarkan brand dan hp aircond. Jika termasuk upah anggaran harga dlm kadar 450 ke rm600 tuan. Sb tu org lebih suka tukar aircond baru je. Sebelum tukar tuan boleh cuba ujian shortage pada kompressor tu kalau nak tau. Atas kompressor tu ada penutup jika dibuka ada terminal wire C, S & R. Guna multimeter shortkan CS, kemudian CR dan last sekali RS ambil bacaan. Biasanya bacaan tak lari jauh dan kalau kompressor tu short salah satu mesti takde bacaan..selamat mencuba.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. A/c sy akan bertukar mode standby selepas sejam sy on. Sy dh cuba reset dekat remote control tu supaya timer tu off tp still berlaku benda yg sama.A/c pn x sejuk padahal gas dh isi (sy bru pindah umah n a/c pn bw pindah skali).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...tuan cuba tekan butang reset kat indoor board. Sebelum tu nak tanya aircond sejuk ke tak? Dah periksa angin kat kompressor tu keluar angin panas atau biasa je? Kopper tube berpeluh tak dan air ada keluar dari paip tak? Kalau semua o.k mungkin board perdulu direset atau dah rosak..

      Delete
  20. Assalam tuan, a/c rumah saya mula2 sejuk lepas 5 minit kipas kompressor tiba2 berhenti so rase angin blower je dalam 5 minit kipas kompressor on balik,so benda tu berulang je apa masalahnya ye ?

    ReplyDelete
  21. Waalaikumsalam...kipas mati kompressornya jalan tak? Tuan cuba reset pada remote control dulu. Jgn letak auto ye..kalau tak boleh reset pula pada indoor..semoga berhasil.

    ReplyDelete
  22. Salam encik zul, kenapa kdg2 unit outdoor ngn indoor tiba2 terpadam seperti tiada elektrik, lampu kt indoor unit terpadam terus. Sye cuba off plug dan on semula kadang2 aircon berfungsi semula mcm biasa terus sejuk. Terus dgr kipas dan kompressor jln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..nak tau juga masa terpadam tu mcb/elcb trip ke tidak?..Kalau trip bermakna kabel kurang keupayaan untuk membawa arus dan beban. Kebarangkalian kebel tu panas dan tukar pada kebel yg besar sikit. Kalau mcb/elcb tak trip tu berkemungkinan pula thermostat relay dah rosak. Lain2 punca mungkin juga kompressor dah nak rosak ataupun control board rosak. Cuba tukar kabel baru dulu kemudian reset pada remote dan juga indoor..harap membantu

      Delete
  23. Salam en zul nak tanya kalau kompresor dh rosak bole ke pakai kompresor lain jenama tapi hp yg sama..sebab kompresor lama sy masih elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo tukar compressor takde masalah tapi better tukar outdoor terus lagi puas hati, pasal.. harga tukar compressor lebih kurang je dengan beli outdoor baru.. Lagi satu kalo tukar compressor belom tentu dapat pakai jangka masa yang lama

      Delete
  24. Waalaikumsalam..boleh guna kompressor yg lain takde masalah tapi pastikan hp yg sama ye..

    ReplyDelete
  25. Salam tn, sy ada 2 masalah sbb 2 bilik yg berbeza.
    1 aircond sejuk, lepas tu kompresssor pandai mati sdri , lps tu hdup balik. Dia beterusan spnjng mlm.. komprrssor tu mati skjap n then hdup balik.
    Sejuk mmg sejuk ..tp bila kompressor mati rasa angin je. Tp x lama la kjap je mati nya tp beterusan x pe ke klu dbiarkan.

    Ke 2..

    Aircond dkt indoor tu ada lampu merah bekelip2, kat remote da reset n cancel timer tu tp still masih hdup jg lampu merah tu. On sekejap lps tu mati sdri.. mcm mn nak reset indoor ac tu ye.

    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      1) Mungkin masalah pada thermister atau temperature sensor cable kat dlm indoor unit. Dua cable sensor ni yg kawal suhu dan menghantar pada kompressor samada nak run atau stop.

      2) rasanya tuan dah perlu servis aircond tu. Nat reset indoor kena tekan butang reset tu kat bahagian panel board.

      Delete
    2. Salam abg zul,aircond sye jdi off sendiri lepas fius tnb luar rumah buat hal terbakar. Masa kena tu arus letrik tak stabil naik turun. Lepastu aircond on mcm biasa sejuk. Lepas 2-3 minit bunyi ketikk kt board indoor terus terpadam outdoor ngn indoor. Lampu kuning masih menyala di indoor. Angin smua xkeluar dh. Rasa2 apa yg rosak ye? Baru haritu repair capasitor sndiri, wife dh happy. Skrng mslah lain jdi.

      Delete
    3. Waalaikumsalam...haha ni ada masalah dgn board ni. Mungkin kerana over voltage jadi ada capasitor atau diod didalam board yg terbakar..yg ni kena kepakaran + keberanian + kesabaran klu nak repair ni. Perlu ada multimeter serta solder dan tahu baca diagramatik baru boleh repair. Kalau tuan pandai tahu pasal elektronik kos ganti alat kurang dari 5 ringgit je...hehe.

      Delete
    4. Alamak, lagi mencabar yg ni. Tpikan abg zul, smlm sye try bukak aircond 1 mlm. Ok pulak aircondnye. Xde cutoff mcm kemarin. Mungkin dh discharge kot. Hahaha. Saye pun pelik

      Delete
    5. Alhamdulillah abg zul, tpi kalau remote aircond kdg2 fungsi dan kdg2 tak kenapa pulak ye? Remote dh try tukar bateri sama jugak. Terpaksa on manual kdg2

      Delete
    6. Oh itu ekzos dia le bunyi pom pom kuat sangat...hehe maaf ye gurau jap. Tuan kalau dapat cuba pinjam sekejap remote kawan2 yang sama jenama dgn aircond tuan. Kalau on/off cantik maknanya kena tukau le remote tu ye..hehe

      Delete
  26. Hai..sy nak tnya akon midea 1.5hp,mslh dia kdg2 tgh on indoor terpadam n kluar EC dn lmpu blink2.nk tau apa mslh nya n kos..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kod EC ni ada beberapa sebab antaranya :

      1) Tempreture sensor rosak so tak boleh nak hantar signal ke outdoor.
      2) Ada kebocoran pada gas/paip copper tersumbat
      3) PCB mengalami kerosakkan

      Kos repair saya tak pasti tapi kalau tukar PCB tu agak mahal juga..baik panggil technician aircond datang utk service. Tapi sebelum tu cuba tutup aircond tu dan kalau boleh cabut wayer pada plug. biarkan dalam 5 minit pastu on kan semula. Kalau masih sama juga terpaksa panggil technician datang ye..

      Delete
    2. Try reset aircond dahulu kalo jadi jugak tengok outdoor(kipas,compressor) hidup atau tak, jika tak hidup mungkin cooper sensor.. Kalo jenis inverter pulak mungkin problem dia sensor indoor

      Delete
  27. Salam Tuan,

    Aircond kat rumah saya, bila on, dlm 15 minit compressor off, pastu 5 minit lg dia pusing balik. pastu bila kita dh pakai dlm 2 jam gitu kita off, dia akan mengeluarkan air yg banyak.

    ReplyDelete
  28. Waalaikumsalam...kes camni biasanya fin kotor atau tersumbat menyebabkan airicond menjadi frost. Tuan kena servis cuba dgn cuci filter dulu kemudian guna berus gigi yg basah berus pada fin secara lembut.Guna spay air bagi buang kotoran yg tersekat pada fin...

    ReplyDelete
  29. Nak tnya..aircind rumah tiba2x x sejuk..x dgr bnyi compressor..then after off kn dan on smula..trunkan suhu dah dengar bnyi compressor..x smpi 5 min mcm compressor tu x bnyi dah..ape pncanya nye ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama pakai aircond tuh... Mungkin pasal compressor dah berat atau kapasitor compressor problem

      Delete
  30. Cuba tekan butang reset pada unit indoor dan remote. Periksa paip copper berpeluh. Kemumgkinan..1) kapasitor compressor dah lemah. 2) gas berlebihan (overheat/high amp). 3) overload relay rosak. 4) Thermister rosak..

    Boleh check antara sb2 diatas ye..waulahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Butang resit indoor di bahagian mana?

      Delete
    2. Buka cover dibahagian panel depan sebelah kanan.

      Delete
  31. Nak tanya aircon rumah saya bila saya on dia akan mati lepas tu hidup mati hidup mati macam yg kita tekan suis pula on off on off..apa masalah dia tu ah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. On dia mati tu maksudnya trip ke apa ye? Kalau trip maknanya compressor dah rosak kena ganti yg baru..

      Delete
  32. nak tanya kalu on a/c selepas beberapa jam selepas tu fuse kuning pada cut-out meter blow knpa ya tuan..adakan disebabkan high amp jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu maknanya yellow phase overload..cuba tukar outgoing cable pada yellow phase ke red atau blue phase mcb..In Shaa Allah o.k..

      Delete
  33. Salam Tuan zulkidal..Tuan buat service area mana..boleh bg no fon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..saya di puchong 01110202987

      Delete
  34. salam tuan, nk tye kipas out door running... kompressor ada bunyi running tapi tak sejuk... angin blower indoor je laju... paiping xrasa sejuk.. xdak plak trip... gas baru topup,sblm ni gas dh kosong... aircond dh lama xrunning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...tuan top up gas sb apa ye? Sb takde gas kan tu maknanya ada kebocoran dan gas habis terus kalau kurang gas pasti paip copper tu akan berais. Saya nasihatkan jgn isi gas lagi dan running compressor. Cuba cari dimana ada kebocoran dan baiki dahulu. Seleoknya kalau dah lama tak guna sistem piping perlu di vacuum pump kasi keluar angin yg masuk melalui kebocoran sb jika ada angin didalam sistem nanti tak sejuk.

      Delete
    2. Cuba check betol-betol compressor hidup ke tak .. Kalo compressor hidup cooper confirm akan rasa sejuk melainkan gas tiada... Jangan topup gas kalo compressor tak hidup...

      Delete
  35. Assalamualaikum nak tanye. Masa on aircond , compressor mmg hidup je sampai aircond tutup ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..ye betul kecuali kalau tuan set auto pada suhu 23 keatas compressor akan berhenti bila memcecah ke suhu tersebut dan beroperasi semula jika kurang.

      Delete
  36. Salam, aircond on lepas dlm lebih kurang 45 minit, compressor kipas stop then lampu timer blinking, aircond just blow angin jer, tapi bila off dkt swtich dinding lepas tu on balik dia ok...itu apa masalah dia, tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..dah berapa lama tuan guna aircond ni ye? Dah buat servis keseluruhan tak? Kalau selama ni ok tetiba jadi camtu ni tanda2 compressor nak padam terus dah ni. Tuan cuba servis indoor/outdoor guna chemical dulu dan gantikan capasitor compressor. In Shaa Allah mudah2 membantu..

      Delete
    2. cuba tuan reset remote dahalu kalo jadi jugak, mungkin cooper sensor dia problem

      Delete
  37. As salam tuan..masalah yg sy hadapi compressor jalan walaupun ac dh off

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...uiishh tak pernah jadi camni ni. Kena periksa circuit wiring berkemungkinan ada modification dah buat. Kebiasaannya kompressor tgu isyarat dari indoor untuk berfungsi. Mungkin masalah pada contactor di board. Tuan guna jenama apa ye? Memang dari beli dulu mcm tu ke atau baru ke jadi?. Utk keselamatan tuan boleh ambil test pen periksa pada cover compressor tu samada ada arus atau tidak..

      Delete
    2. Tuh orang aircond yang tak bertanggungjawab.. Pasal saya yakin orang aircond tuh buat sistem bypass.. Sistem ni bila on, automatik indoor dan outdoor akan run sekali ..bila off pakai remote hanya indoor saja yang mati outdoor tak..

      Delete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. tuam, klau outdoor 2.0hp,leh match ngan indoor 2.5hp ka.

    ReplyDelete
  40. Helo tuan..sy nak tanya,sy guna portable a/c brand midea.compressor dia kdg on off jer.xsejuk.apa masalahnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat service ni. Dah kotor habuk dah bnyk melekat kat blower

      Delete
  41. Salam tuan.nk tanya kalau terlebih topup gas..conpressor boleh rosak ke??
    Dan macam mana cara nk buang gas klo terlebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...kompressor tak rosak tapi dia dia tak boleh bekerja dgn baik dan akan menyebabkan overheat dll lagi. Cara nqk buang gas sebaiknya guna manifold dan clamp amp meter bagi mendapat bacaan sebenar yg diperlukan.

      Delete
  42. Salam tuan..nk tanya..cara topup gas r410a untuk aircond umah.. tu mcm mne..kena tongengkan die ke..bagi ada cecair dlm miflod gauge tu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...ye sama aje pastikan buang sikit dulu gas yg ada dlm manifold dan tonggangkan tangki gas supaya proses pertukaran minyak ke cacair lebih cepat.

      Delete
  43. Salam tuan..Aircond saya sentiasa running...tidak cutoff... Kalau saya on dari malam sampai pagi still running...Apa prob yer...hal ni menyebabkan bil elektrik melambung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...cuba set suhu pada 23 dan kipas set auto.

      Delete
    2. salam tuan..saya dah set suhu 23 tu..tapi still running tanpa cutoff.ni kerosakan sensor ker..berapa kos untuk baiki ya.. tuan ada buat perkhidmatan membaiki ke?

      Delete
    3. Ye ni kerosakkan pada thermister sensor...kos dlm rm15 ke rm20 je tak masuk upah ye. Saya di puchong tapi saya tak buat kerja2 pemasangan aircond lagi cuma saya nak berkongsi pengalaman kepada yg suka DIY. Tuan kalau buka cover indoor tuan perkatikan ada dua sensor. 1 pada fin dan 1 lagi melekat pada kopper pipe. Kebiasaan yg rosak pada kopper pipe. Offkan current pastu tuan cabut sensor kopper tu perlahan2 sb ada pelapik dia melekat sekali dgn sensor. Kemudian ikut wayer tu sampai terminal dan cabut. Tapi kalau boleh juga marking kat cable slot tu supaya nak pasang nanti tak pening hehehe..lepas cabut bawa ke kedai aircond ganti yg baru. Pastikan saiz kopper sensor dan cable slot tu sama dgn yg asal takut tak boleh masuk pulak nanti...selamat mencuba.

      Delete
    4. terima kasih tuan...

      Delete
    5. Try tukar sensor room dulu tuan... Izzat(0176092325)

      Delete
  44. salam saya nak tanya..aircond sye kadang2 sejuk tapi kejap je bila kipas tak gerak dia jadi panas then mati sendiri kuar lampu merah kat timer... baru jer servis tapi meraka ckp xade pape yg rosak...tapi knpe aircond smpai skrg msh mcm tu kejap ok kejap tak ok n tibe2 off pastu kuar lampu merah kat timer..dah reset remote tapi still sme jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..servis chemical ke? Ni sb system overheat kerana tersumbat/kurang/terlebih gas.

      Delete
    2. Assalammualaikum

      Saya punya acon pun sama jadi macam tu dah on suis, kn pada remote pun dh. Bila dah beberapa minit dah padam sendiri. Pastu on balik ulang benda yang sama. Dah paggil org repair dia kata kena tukar indor seketul. Ker ada apa2 x saya nak kena tukar. Dekat acon ni ada lampu merah dah.

      Delete
  45. Salam tuan. Aircond kaluar angin jer. Tapi kipas berpusing. Saya dah cuba on biarkan lebih kurang 30minit. Masih tak sejuk. Biasanya on indoor dlm 4saat bunyi pulak outdoor hidup. Sekarang senyap jer tapi kipas berpusing. Masalah apa tu tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan pakai aircond brand ape ya? (0176092325)izzat

      Delete
  46. Waalaikumsalam...tukar kapasitor kompressor baru tuan yg sama dgn yg asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya tukar sendiri.Masa pasang tu takut2 juga kot tak menjadi. Alhamdulilah dah ok. Blog tuan bnyk membantu.

      Delete
  47. Saya nak tanya, sebab sebelum reinstall aircond ni tiada masalah pulak.Aircond saya ni tak kira lah set suhu dia berapa, low atau high kipas dia, kompressor dia akan terpadam sendiri selepas beberapa minit lepas tu automatik on balik. Berulang saja macam tu. Sejuk memang sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud re-install tu buka untuk servis ke atau apa sebab ye? Mungkin sebab ada kopper pipe yang terbengkok semasa pasang semula. Sb tu kompressor berhenti bile overheat.

      Delete
    2. Reinstall sebab pindah rumah. Macam tu kena suruh Technician check balik kan?

      Delete
    3. Ye tuan..mungkin ada kebocoran pun boleh jadi juga tu

      Delete
    4. (0176092325) izzat aircond

      Delete
  48. Kenapa aircond kt rumah dah off guna remote tp conpressor still jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uissh...cuba tuan reset remote kalau sama juga barangkali dah ada modification pada aircond board tuan secara bypass.

      Delete
    2. Sama ar.. Kt umah sy pon .Off pakai remote kompreser jalan terus kena tutup switch baru berenti .Adessss pening .. Time tido dh xleh on mcm ni . Letrik mmg sengsara

      Delete
    3. Dalam aircond board ada 1 komponen disebut outdoor relay yg sambungkan supply current ke kompressor. Kallau relay ni rosak maka outdoor tak berfungsi (xde current). Cara lain selain nak ganti benda tu atau seketul board kebiasaan technician akan overide relay tu. Sb tu current supply direct tak melalui relay dan board lagi. Jadi remote tak bertindak balas pada relay utk berhetikan kompessor. Cara lain tuan kena ganti seketul board baru atau kalau tuan mahir DIY dan pandai bab elektronik boleh cuba ganti relay tersebut. Kos relay dalam rm15 boleh didaoati dikedai jual barangan elektronik. Nak ganti keba buka rekay tersebut dan bawa ke kedai sebagai sample ye sb tapak nya berbaza2 ikut litar board tu. Jgn lupa marking dulu wire dan terminal supaya tak menggagau nak sambung nanti hehe..

      Delete
    4. Tuan pakai aircond brand ape ye,sebelom ni pernah panggil orang aircond repair ke?? cube check wiring ... Pasal masalah tuan ni kebiasaannya punca daripada orang aircond buat system bypasa... Wire Indoor dan outdoor sekali kan ..so, bila tuan on swicth ac .. Automatik indoor dan outdoor kick terus (0176092325) izzat

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. kes ni jd selepas sy panggil org luar buat servis.
      dikenakan cas servis rm150

      Delete
    7. Encik Aizat, mcmmana cara nak cek by pass tu?

      Delete
  49. Bos nak tanya, bila sy on aircond, compressor di luar, berfungsi berapa saat lepas tu terus xjalan. Then aircond xrasa sejuk langsung. Masalah dgn compressor ke tu? Costing repair tu mahal x? Tq boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beberapa saat tu trip tak dekat DB? Kalau trip tu kompressor dah rosak. Kalau kompressor tak jalan tapi indoor masih berfungsi tu kena check takut tak gas dan bocor. Kalau ganti kpressor dlm 3 ke 400 ratus gak tu. Kalau bocor dan isi gas dlm rm150 juga le.

      Delete
  50. Salam. Apa masalah ya kalau aircond sejuk skjp sja. Blower masih kluar angin tp xsjuk. Compressor d luar bpusing utk bbrapa minit sja. Lpas tu off. Kapasitor brmsalah ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam & selamat hari raya. Ni bukan masalah kapasitor. Ni tuan kena servis aircond tuan sb banyak habuk. Cuba tanggalkan cover indoor pastu guna vacuum. Sedut coil fin dan habuk kat blower fan sekali.

      Delete
  51. Salam dan Selamat Hari Raya En. Zul,
    Aircond sy mslh nya bila on aircond, blower tba2 kluar angin yg kuat dan dlm beberapa saat akan terpadam sendiri, dan lampu power akan blink2..kena byk kali tekan on bila dia tba2 off bru aircond tu ok.
    Bila dah ok aircond tu sejuk mcm biasa, mcm takde mslh plak. Mslh bila mula2 nak on aircond tu je, akan off sendiri dlm beberapa saat. Cap kompressor dh tuka..coil sensor pun dh tuka. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dan selamat hari raya. Thermister sensor ni ada dua. Tuan dah tukar kedua2nya ke. Biasa kalau macm ni masalahnya pada thermister. Cuba refer pada buku manual pasal blinking tu..

      Delete
    2. Owhh..yeke..Sy cuma tuka coil sensor je, tp x pasti btol ke tidak sambungan wayar tu sbb aircond lama, takde pakai clip utk smbg ke board. trus soldering ke board.
      sy just potong wayar thermister lama pastu tu smbg yg bru mcm tu je. klau yg temperature blom try tuka lagi..klau smbgan wayar x betol ada apa2 maslah x tuan? terima kasih.

      Delete
    3. Kalau sambung tak betul dia tak berfungsi..

      Delete
  52. Boss.. nak tanya nape eletrik d rmh trip apabila aircond running x sampai 10 minit? Dulu x de lak masalah mcm tu timbul.. 2 3 kali cuba masih juga trip.. aircond berfungsi baik sejuk n kipas luar ok.. nak tahu masalah aircond ke atau eletrik overload? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ac tuan supply direct dari db ke atau dari soket. Ada 2 faktor kalau trip pada db. 1 sb kompressor dah nak rosak, ke 2 sb size wire kecil kena ganti yg besar sikit. Tuan cuba cabut wire earth (hijau) dan tengok samada trip lagi atau tidak. Kalau trip juga itu maknanya overload dan perlu ganti wire besar. Sebaiknya supply ac jgn share dgn load lain. Kalau tak trip ada kemungkinan kompressor dah nak rosak. Selain tu kalau nak check kompressor tu ok tak ok cara mudah tuan cabut wire kompressor kemudian on ac. Biarkan sampai melebihi masa yg biasanya ac tu trip. Kalau tak trip tu petanda kompressor bakal rosak. Tuan boleh juga try setkan suhu 23 darjah keatas tengok macam mana. Sb dlm suhu tu kompressor bekerja pada tahap lebih rendah dari biasa.

      Delete
    2. Umur ac br masuk 3 tahun. Pakai mlm ja. Suhu paling tinggi pakai 24. Jarang pakai. Masa dia org pasang ac dulu cina tu just tambah soket br utk ac dr soket asal. Tu yg tgh pening dok siasat tu haha. Sebelom tu rumah ada trip 2 kali time hujan kilat tapi ac dah tutup time tu. Mlm td pasang ok ja dlm sejam lepas tu br trip. Bukak dlm 10 minit trip sampai 4 kali.. haizz poning den..

      Delete
    3. Kalau camtu cuba pada soket yg lain dulu tuan..

      Delete
    4. Kalau camtu cuba pada soket yg lain dulu tuan..

      Delete
  53. nak tanya sy pakai topaire 1.5hp..skrg nie bila sy On ac dia akan jalan sekejap... pastu off mcm blackout...x lama lepas tu dia on balik siap bunyi mcm kita tekan On kt remote tu... berterusan mcm tu la off...on...off...on...kenapa boleh jelaskan x? utk pengathuan tuan sy dah try cuci outdoor...dah bersih... indoor pn ok bersih... gas dah check ok 70.
    Adakah masalah PCB card dia? kalau rosak kena tukar seketul ke atau boleh rwpair card tu? Tanya kwn2 ada yg ckp dekat card tu ada transformer... transformer tu yg problem dia panas dia off... dah sejuk dia on balik... Tuan ada idea x? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah tuan sama mcm saya.. aicond off sendri.slps 15 minit on sendiri..dan berterusan..apa masalahnya ya tuan?

      Delete
    2. 1st cuba reset dulu unit tu. Cari butang reset kat board tu. Kalau jadi juga berkemungkinan tekanan gas terlalu tinggi atau amphere current tinggi. Cuba ambil bacaan meter amphere masa compressor running. Kalau ada manifold guage boleh check sekali tekanan gas. Kalau tinggi buang sikit gas sampai bacaan 50 - 60psi. Kalau aircond sejuk mcm biasa masa dia on semula tu bukan sebab board rosak. Selain tu masalah thermister pun boleh jadi juga. Kena check bacaan thermister tu mesti dalam lingkungan 11ohm..lebih atau kurang tu tanda thermister rosak. Fungsi thermister ni menghantar signal pada kompressor utk bekerja dan menyejukkan..

      Delete
    3. Izzat (0176092325) tech ac &wireman

      Delete
  54. sy ada masalah ac off crompressor jalan lg. Bila off suis plug baru compressor berhenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kes bypass tuan ac board dah dimodify..antara faktor technician modify board ada komponen pada board yg rosak jadi utk elak ganti boaed yg mahal dorang bypass je..

      Delete
  55. Assalam..
    Nak tanya..
    Baru2 ni aircond indoor sy buat service DIY..
    Sblm servis aircond sejuk tp lambat sgt..
    Suspek habuk da byk..
    Lps servis terus xsejuk langsung..
    Lps tu kerap mati sndiri..
    Kenapa jd macam tu ye?
    Ape yg perlu sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...kompressor jalan tak tuan? Tuan servis atas ke atau bawa turun indoor unit? Kalau servis diatas tak bawa turun mungkin thermister rosak. Kalau tuan bawa turun indoor cuba tengok paip copper berpeluh atau tidak. Takut gas bocor..

      Delete
    2. Servis atas je..
      Xbawak turun bawah..
      Xpandai nk bukak..
      Tu yg spray je tu..
      Beli spray kt diy..

      Delete
    3. Tech ac ,only ws 0176092325 (izzat)

      Delete
  56. Salam tuan.. ekon saya midea 1 hp.. skang ni bila run ekon sy mmg xsejuk langsung..masa awal2 running saya cek outdoor unit fan running lepas 10 minit fan tu stop sndiri.. and ekon still running tak sejuk, tak trip.. ape masalah nye tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikimsalam..tuan dengar ada bunyi kompressor running tak. Kalau takde ganti capasitor kompressor.

      Delete
    2. compressor running mcm biasa tuan.

      Delete
    3. Kalau kompressor running ni kena check gas tu takut overheat dan high amp. Biasa tersumbat samada indoor atau copper pipe. Room tempreture sensor pun berkemungkinan boleh jadi penyebab.

      Delete
    4. tuan, kalau gas overheat dan high amp, outdoor fan akan stop la ye maksud tuan?..

      actually tuan, ekon ni da 2 bulan x running. b4 this ekon ni akan trip kua alarm 'EC' means refrigeration leaking..sy suspect maybe gas da bocor and compressor running dry xde gas sbb tu outdoor fan stop maybe sbb ni. .ada logik tak sir troubleshooting saya ni

      Delete
    5. Kalau overheat/high amp kompressor akan cut off termasuk kipas kecuali kipas ambil direct dari terminal tak looping dari kapasitor kompressor. Logiknya kalau kompressor terlalu kuran/tak ada gas atau terlebih gas akan menyebabkan overheat/high amp. Jadi perlu check samada gas dlm kompressor ditahap mana. Dah betul dah troubleshooting tuan tu..

      Delete
  57. Salam tuan saya nak tanya sikit..saya panggil orang pasang aircond rumah lama ke rumah baru brand york 1 hp. Lpeas pasang sejuk, tapi bila saya tinggal 2-3 hari,aircond jadi blinking dan rasa angin sahaja.Kemudian saya panggil technician,then depa tutup lubang yang ada bocor sikit tu dan topup gas. Aircond kembali sejuk, bila saya tinggal rumah 3-4 hari time musim raya,aircond jadi blinking balik. Senang cerita bila saya tinggal aircond x bukak 2-3 hari blinking tu akan jadi. Technician kata rosak dan recommend beli baru trus. Untuk pengetahuan tuan aircond saya ni sebelom pindah rumah baru x pernah buat hal dan running elok sahaja, tapi lepas pasang di rumah baru ni,ada masalah ini pula. Mohon pencerahan tuan. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..ni masalah kebocoran gas tuan. Kalau selepas 3 4 hari baru tak sejuk tu kebocoran micro. Mmg susah nak detect micro ni. Saya sendiri pun pernah terjadi masalah mcm ni. Ambil masa berhari2 juga nak detect. Kadang2 copper tube tu dah kembang atau pecah dibahagian flaring. Cuba minta technician balut dgn white tape pada bahagian penyambung copper. Selain tu kadang2 punca daripada kerja2 membuka indoor unit pun boleh menybabkan paip copper bengkok dan bocor kalau tak berhati2. Ada juga masalah gas keluar pada high pressure valve. Apa2 pun cuba dptkan technician yg betul2 boleh bantu tuan utk carik kebocoran tu. Tuan juga boleh check dgn cara tuan kopek atau potong insulation pipe yg warna hitam tu. Firt tengok kat semua bahagian penyambung copper pastu tengok pulak kat bahagian copper yg membengkok. Kalau terjumpa kesan minyak maknanya kawasan tu ada kebocoran. Dinasihatkan jgn isi gas selagi tak jumpa punca kebocoran tu...selamat mencuba

      Delete
    2. 0176092325 (izzat) sy try tukar copper baru n check bocor pada outdoor.. Pasal takut masa bawak pindah tuh ada jatuh ke pe...

      Delete
  58. Salam tuan nak tanya saya ada beli aircond midea 1hp x sampai sebulan lagi,bila malam saya set 24°c pastu ac indoor ni kejap bunyi angin keluar pastu dia senyap pastu dia jalan balik adakah normal.lagi satu ac ni saya pakai direct tak pakai plug point adakah eletrik berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...cuba tengok pada remote fan setting. Kalau berada pada setting auto mmg mcm tu keadaannya tuan. Apa suhu bilik cukup pada yg dikehendaki automatic fan dan compressor akan berhenti. Tuan boleh set fan pada paras yg paling rendah atau sederhana jika jika tak nak fan berhenti. Arus elektrik masuk ke board ac dikawal oleh remote ac yg bertindak sebagai switch. Jika remote di on kan baru arus dibenarkan masuk ke board dan aircond aktif.

      Delete
  59. Salam.. saya nk tanya normal ke kalau kipas compresor berpusing tak henti2..? Lepas on dalam 30saat kipas pusing dan tak henti2 dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumsalam...hehe ye tuan kipas pusing tak berhenti tu normal untuk membuang udara panas keluar.

      Delete
  60. Tq saudara sudi bls.. sy dh risau sbb setengah org ckp sepatutnya kipas compresor bila dah capai suhu akan cut off sendiri.. jika tak berhenti maka kuatlh telan karen😅

    ReplyDelete
  61. Waktu tengah hari.. Aircon panasonic 1.5hp terjadinya angin je lepas off.. Blinking merah dah nyala.. 2hari lepas dh isi gas dan cek kbocoran tapi tak de.. Rasanya overheat mcm tuan ckp tu.. Pa patut saya buat yg pertama ye? +6738901385 tolong contct saya.. 1 aircon technicin da ambil dia ckp compresor rosak.. Da saya beli baru.. Masalah aircon tu sama mcm sekarang ne da blink keluar.. Tkut pula saya kena tipu.. Jenama sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya kurang faham..lepas off angin je keluar? Kenapa perlu isi gas kecuali ada kebocoran. Tuan dah buat chemical service ke? Kalau dah tukar compressor masih sama ni tiada kena mengena dgn outdor. Fan indoor bergerak atau tidak tuan? Saya rasa ada masalah pada board ataupun pada thermistor ni.

      Delete
    2. Berlaku hanya Waktu tenghari dan cuaca panas.. Aircon saya hanya keluar angin je..tak de sejuk.. Dalam 30-45 minit.. Aircon saya off sendiri.. Blinking nyala..

      Delete
    3. Kalau waktu tengah hari aje tapi waktu2 lain ok tu kerana cuaca luar yg panas. Memang sekarang ni banyak terjadi begitu. Bukan tak sejuk tapi cuaca luar yg panas jadi kipas tak cukup kuat utk mengeluarkan udara keluar dari sistem menyebabkan sistem bertambah panas dan akan shut off kompressor. Utk pengetahuan tuan kalau dulu kita guna aitcond 1hp dah cukup utk bilik bersaiz 10'x15' tapi dgn cuaca skrg belim tentu boleh menyejukkan tambahan pula kalau bilik tersebut menerima matahari petang yg panas...

      Delete
    4. Ye waktu cuaca panas.. Waktu sejuk. .ok je tak de masalah.. Kalau aircond dh off dan blinking nyala.. Saya biarkan aricond brehat.. Saya buka semula aircond waktu maghrib.. Takut rosak.. Boleh ke saya tukar capicitor motor? Sebab angin kompressor tidak kuat.. Aircon pun dah bumur 8tahun

      Delete
    5. Boleh tak jadi masalah tuan kalau DIY kos tak mahal mana pun..hehehe

      Delete
  62. Assalamualaikum sy nk tny aircond sy tetiba keluar EC code dekat led panel tu,sy guna midea 1HP. ape masalahnye ye? dan boleh DIY ke? kalau panggil technician berapa kos? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikumussalam...EC code ni ada macam2..tuan boleh google tengok apa nombor kod nye. Kebiasaan yg jadi bila unit kotor sangat dan thermister rosak. Kalau DIY pun tak susah mana tapi kalau panggil technician boleh tahan juga la rega nak repair tu..

      Delete
    2. Waalikumussalam...EC code ni ada macam2..tuan boleh google tengok apa nombor kod nye. Kebiasaan yg jadi bila unit kotor sangat dan thermister rosak. Kalau DIY pun tak susah mana tapi kalau panggil technician boleh tahan juga la rega nak repair tu..

      Delete
  63. assalam tuan...saya nak tanya...ac rumah saya;
    1) pasang dlm 2 jam akan mati sendiri.
    2) trip suis utama rumah..
    3) ac tak berapa sejuk tetapi masih ada rasa.
    4) last pasang pada 4/8/2018..
    5) ada bunyi pop lepas tu bunyi mcm gas bocor...berdesirrr kat luar@ box ac luar rumah...
    6) terima kasih tuan sbb sudi membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...kalau sampai 2 jam jalan tu tiada masalah dgn kompressor. Ac tak berapa sejuk mungkin disebabkan kekotoran yg melekat kat fin dan juga blower indoor. Kalau dah cuci bersih dan masih tak sejuk tu disebabkan faktor cuaca yg sekarang ni bertambah panas. Cuba periksa pada copper pipe samada berpeluh atau tidak. Normal akan berpeluh. Kalau tak berpeluh maknanya kekurangan gas dan ada kebocoran pada paip copper. Periksa juga kipas outdoor pastikan udara yg keluar udara panas. Tuan cuba ganti kabel incoming yg baru bersaiz 2.5mm dan kalau boleh ambil direct dari kotak letrik utama tu (DB box)..

      Delete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. Assalam tuan..sy ada masalah air cond sejuk.. Tp body compressor panas sgt2. .Ape masalahnye ye tuan. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...brapa lama dah tuan guna aircond ni? Setakat ni ada tak dia buat hal tiba2 berhenti kemudian dah sejuk jalan balik? Kalau tak de bermaksud putaran kipas dah tak cukup kuat utk tarik haba keluar dari sistem. Tuan boleh cuba ganti kapasitor kipas berwarna hitam tu dulu dan kalau tak boleh juga kena tukar motor kipas le nampaknya..

      Delete
  66. Salam tuan, nk tnya kompressor aircond kereta saya akan kerap cut off jika kereta dlm keadaan jammed maksudnya 'jalan pastu brake'..lg satu dlm keadaan gear reverse.. kompressor akn cut off bnyak Kali
    Dah check pomen aircond dia ckp aircond xslde mslh..kompressor ok klu dlm keadaan parking@bergerak statik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...aduh tuan saya bukan pakar dalam hal aircond kereta nih tapi cuba tuan check enjin tuan bila waktu dia cut off samada temperature naik atau tidak sbbnya aircond kereta ada sankut paut dgn suhu enjin dan 1 lagi kipas aircond mungkin dah lemah jadi sistem menjadi panas dan cut off compressor..

      Delete
  67. Nak tanya, kalau kompressor aircond tu selalu off sendiri lepas tu on balik ( kerap kali ) boleh menyebabkan bil elektrik naik ke? Sebab bil elektrik saya naik 3 kali ganda lepas install 1 biji aircond 1HP yang masalah kompressor dia selalu padam sendiri lepas tu on balik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  68. Nak tanya, kalau kompressor aircond tu selalu off sendiri lepas tu on balik ( kerap kali ) boleh menyebabkan bil elektrik naik ke? Sebab bil elektrik saya naik 3 kali ganda lepas install 1 biji aircond 1HP yang masalah kompressor dia selalu padam sendiri lepas tu on balik. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..aircond 3hp kebawah menggunakan motor jenis 'direct on line' atau short form dia D.O.L yg mana starting current dia 2.5x ganda daripada tenaga diperlukan. Sekiranya ac 1hp memerlukan 5amp utk menggerakkan motor dlm keadaan running, tapi utk pemulaan perlu didarab 2.5x ganda dalam tempoh beberapa saat. Kaedahnya sama seperti mengayuh basikal setiap kali nak mula berkayuh kita perlukan tenaga lebih utk pemulaan...harap jelas

      Delete
    2. Terima kasih atas penjelasan. So ada cadangan untuk selesaikan masalah tersebut? Masalah kompressor selalu on off ? Tq

      Delete
    3. Sama2...kalau aircond sejuk tiada masalah cuma perlu diservis. Cuci fin indoor dan outdoor mungkin banyak habuk yg menghalang udara keluar dari indoor/ outdoor..

      Delete
  69. Salam. Tuan, klw letak compressor aircond di neranda rumah, pastu beranda tue tutup penuh dgn bidai bleh ker?
    Maksudnya kacau tak fungsi aircond...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam....elakkan tuan sb mmg mengganggu peredaraan udara keluar. Nanti outdoor cepat panas dan akan cut off compressor...

      Delete
  70. Salam tuan kenapa ac rumah sy dah off kt remote tp outdoor/compressor masih run. Sebelum ni xpernah jadi mcm ni baru 2-3 Hari ni jadi tuan. Ada cadangan/service yang saya kena buat ke tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...selepas tuan off dekat remote, indoor terus off ke atau masih on juga tuan? Kalau masih on tuan cuba reset pada remote. Mungkin ada masalah pada remote tu. Periksa juga bateri takut dah lemah. Kalau indoor off outdoor sahaja yg jalan tu ada masalah pada contactor di pcb tuan. Yg ni kena panggil technician utk periksa..

      Delete
  71. Waalaikumsalam..nak tanya ada trip tak? Kalau ada berkemungkinan compressor dah rosak kalau tak tak trip mungkin ada masalah pada wiring atau overload thermostat relay. Kadang2 aircond terlalu kotor pun boleh jadi juga sebaiknya tuan cuba servis sendiri dulu ikut langkah2 yg saya tuliskan dlm blog saya ni. Kalau masih sama juga baru tuan panggil technician dtg periksa. Kos utk tukar overload tak mahal kalau pandai DIY...

    ReplyDelete
  72. Asalmaulaikum. Nak tanya kenap air cond saya cepat sagat cut of. Set temp 18c. Tapi x sampi 2 min comp dah cut. Lepas tu 2 mini kmudia comp run balik. Air con baru lepas service..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...ni disebabkan high amp. Mungkin ada yg tersumbat atau paip bengkok. Selain tu kurang/lebih gas pun boleh jadi juga. Masalah paip kapilari tersumbat, kipas outdoor lemah mcm2 berkenaan dgn high amp ni tuan. Cuba tuan periksa current guna clamp meter. Cara dia rujuk blog saya ye..pastu tengok paip semada berpeluh ke tidak?

      Delete
  73. Asalmualikum. Masalah dah selesai. Tech dah dtg chek.paip coper tersumbat.. Tapi tech tambah gas dan amp menjadi 5.0 boleh ke tuan. Sblm ni bacan amp 4.2 untuk 1.5hp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..kalau sedikit je perbezaan tak ketara sangat tuan asalkan sejuk dan compressor tak mati ok tu

      Delete
  74. Salam tuan,

    Nak tanya kalau A/c on then dah sejuk tp kipas outdoor tu masih berpusing ape masalahnye ye, sebab biasa kalau dh sampai tahap sejuk die akan berhenti pusing kan dan bile die kurang ckit dari tahap sjuk die akan berpusing semula kn. tapi kali ni kipas tu berpusing sahaja walaupon dh sampai tahap sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tuan..tak semestinya kipas outdoor berhenti berpusing bila suhu dalam dah sejuk tuan sb fungsi kipas outdoor utk mengeluarkan haba panas pada sistem dan compressor. Mungkin dalam dah sejuk tapi compressor masih panas dan bekerja jadi kipas tu pun bekerja juga le nak kasi compressor kurang panas.

      Delete
    2. owh..kira tiada masalah la ye..thank you atas feedback

      Delete
  75. sorry tye lagi..tp klu kite bkak a/c suhu 16 tp masih rase suhu 29.
    mcm mne ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu ada faktor 1) mungkin disebabkan suhu luar/dalam panas, 2) ac unit sediada dah tak mampu nak cover lagi area bilik tuan disebabkan faktor cuaca yg panas. Kalau nak sejuk kena upgrade unit yg lebih besar dari sediada..

      Delete
  76. kalau situasi macam ni.

    sy pakai ac daikin 1.5hp

    Sy bukak suhu 27...Dr pkl 10mlm smpai pkl 3 pagi compressor masih on..suhu luar umah sejuk xpns..

    Masa bulan pertama guna aircond ni semuanya normal..guna suhu 29 Pon dh sejuk n comp. akan auto off on..msk bln ke2 psg 16 xda rs apa2..dh mnta org ekon dtg cek..seminggu Bru dia smpai..die cek2 dn bg Tau Ade kebocoran kt smbungan compressor Ke copper tu..bila dh repair ekon dh jd Tak normal...xsejuk Dan compressor asik on sahaja walau pon wktu tgh malam sampailah sekarang..angin kipas compressor yg keluar tidak panas mcm bulan pertama pemasangan itu..( sbelum sambungan Cooper tu bocor)

    air yg keluar sikit Tak mcm bulan pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya bila ada kebocoran gas akan keluar dan udara akan masuk kedalam system. Jika terdapat udara didalam system aircond akan jadi kurang sejuk. Selalunya technician akan vacuum terlebih dahulu keseluruhan system indoor dan outdoor untuk mengeluarkan angin dan juga gas yg dah bercampur udara kemudian baru masukkan gas yg baru. Itu yg setahu saya lah..dalam kes tuan saya tak pasti kaedah yg bagaimana technician tu buat..

      Delete
  77. aslm tuan..nak tanya tentang peti sejuk saya,masa on peti tu dia hidup beberapa saat lepastu mati...Apa masalahnye?

    ReplyDelete