Wednesday 19 August 2015

Aku Repair Sendiri - Aircond Tak Sejuk Kompressor Tak Jalan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Aku nak kongsi pengalaman troubleshooting, kenapa tiba-tiba aircond rumah kita tak sejuk keluar angin je. Filter, condenser indoor/outdoor, blower fan semua dah servis tapi tak jugak sejuk2...

Jangan panik, masaalah ni biasa le terjadi tak kira le aircond baru ke lama ke baru servis ke, kalau dia nak buat hal dia tak kira semua tu.

Biasanya problem macam ni disebabkan kapasitor kompressor dah rosak. So dia tak dapat nak energize voltage/current pada compressor dan juga kipas compressor tersebut. Jadi bila kita on aircond voltage/current tak melepasi capasitor tu. Camana nak tau yang mana satu kapasitor compressor ni?. Untuk pengetahuan korang dekat compressor tu ada 2 kapasitor. Yang besar berkilat berbentuk silinder macam tin susu (tapi kecik dari tin susu le) dengan yang kecil berwarna hitam. Yang berbentuk silinder tu untuk compressor dan yang hitam tu untuk motor kipas compressor.

Camana nak tau yang kapasitor tu dah rosak?. Haha..senang je  melalui pendengaran kita boleh tau, bila kompressor tu senyap tak berbunyi pastu kipas pun tak berpusing, tu maknanya kapasitor silinder tu dah rosak le tu. Tapi kalau kipas berpusing kompressor je tak berdengung, yang ni bab lain pulak, takde kene mengena dengan kedua-dua kapasitor tu  rosak. Kebiasaanya current yang masuk ke compressor akan melalui kapasitor kompressor dulu baru ke kapasitor motor kipas. Kita boleh gunakan kapasitor meter untuk periksa tapi kalau takde cukup le dengan kaedah diatas ni lagi pun bukan le mahal sangat kapasitor tu..Rm 10 hinggit je kalau beli kat kedai aircond le.

Nak gantinya senang je, seperti biasa offkan dulu aircond kemudian korang kena buka cover outdoor kompressor tu nanti korang akan nampak 1 benda yang berkilat berwarna putih berbentuk silinder macam tin susu (tapi kecil sikit le). AMARAN..sebelum korang pegang kapasitor ni korang kena discharge dulu kapasitor tersebut sebab tugas kapasitor ni adalah menyimpan voltage/current sebelum di supply kepada bebannya. Macam store le..Cara nak discharge ialah dengan menggunakan skru diver yang panjang dan sentuhkan pada kedua2 terminal diatas kapasitor tersebut untuk beberapa saat sahaja dah cukup. Skru driver ni mestilah tidak bersalut penebat kecuali pemegangnya sahaja kalau tak keras kejap korang kat situ..hihihi. Dah discharge aku syorkan korang ambil gambar dulu terutama pada penyambungan wayer terminal supaya nanti korang boleh refer semula kalau terlupa kat mana nak sambung wayer ke terminal kapasitor baru nanti. Dah cabut boleh le beli kat kedai aircond dan pastikan spesifikasi yang tertera pada kapasitor baru nanti sama dengan yang rosak tu terutama pada saiz `uf' , Hz dan juga voltage.

Ok tu je..senang kan. Tak perlu upah orang sendiri pun boleh buat..hihihi

Sekian terima kasih semuga dapat membantu.





285 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro cover area mane? dah puas sy cube cara2 yg bro ajarkan tapi same juga sy set 18 pun belum sempat sejuk kompressor off then 2 minit on balik pusing

      Delete
    2. Aduh..plesanz ni mmg pening kalau jadi camni. Biasanya masalah no timbul disebabkan kompressor overheat samada cecair freon terlebih atau ada saluran paip tersumbat. Berkemungkinan juga thermostat relay kat kompressor tu dah rosak. Boleh cuba tukar thermostat tu dulu dlm rega rm10 camtu. Pastu baru cuba buang cecair sikit demi sedikit. Selain pada tu kalau kipas outdoor tak cukup laju pun boleh menyebabkan udara panas tak boleh dibawa keluar.

      Delete
  2. Kalau compresor nk tahu rosak mcmna plak bos? capasitor da tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kompressor ni susah nak rosak kalau cukup cecair freon dlm dia dan paip copper tak tersumbat. Nak tau kompressor dah rosak bila kita on terus trip mcb kat kotak letrik utama. Tu comfirm komoressor dah kena tukar. Cara lain kena check kat atas kompressor tu buka cap terminal wayer ada tertera C, S & R. Nak kena guna multimeter kalau nak check nya..hehehe tu dah level 3 dah tu..

      Delete
    2. mcm mana plk klw compressor bunyi noise sangt ..adkah tanda compr sudah nk rosak ?

      Delete
    3. Repair aircond IZZAT 0176092325

      Delete
  3. Masalah sy pon hampir sama dgn kes tuan...kompressor yg outdoor dh tak bbunyi.tp bab nk buka buat sndiri ni sy tak berapa nk berani.kalau pakai org servis agak2 brp diorng akan cas ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pernah kena dia charge sampai 2ratus lebih.. full service katenya..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Dulu masa mula2 dulu saya pun tak berani juga tapi bila precaution kita sentaisa ada so dah jadi berani dah..hehehe..cuba le ikut step yg saya dah terangkan tu In Shaa Allah tuan boleh tolong orag lain pula lepas nih..

      Delete
  4. Masalah sy pon hampir sama dgn kes tuan...kompressor yg outdoor dh tak bbunyi.tp bab nk buka buat sndiri ni sy tak berapa nk berani.kalau pakai org servis agak2 brp diorng akan cas ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Servis aircond 1HP rm100 (normal), rm150(full servis) IZZAT 0176092325

      Delete
  5. Asalamualaikum..terima kasih atas info ...ini amat berguna ,mlm tadi air cond dlm bilik saya tiba2 tak sejuk ..saya cek ..moto fak berfungsi nd sy tunggu siang hr nak cek semula..awal pg sy google dan dpt info ini...terus saya buka dan cek kapasitor nama alat ganti itu ..pg kdai beli dan tukar..Alhamdulilah berfungsi seperti biasa...boleh cuba..kos alatganti rm30.00 sahaja.terima kasih utuk info yg berguna ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...Alhamdulillah..elok kalau tuan dah tahu standby 1 kat rumah buat spare.

      Delete
  6. Tahniah tuan! Terima ksh atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah merahmati tuan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah tuan! Terima ksh atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah merahmati tuan.

    ReplyDelete
  8. mmg boleh servis sendiri...tapi biasanya aircon dipasang tinggi pada dinding sblh dalam atau luar rumah...rsiko tergelincir tangga...jatuh dan tercedera tu orang cuba elak..seratus dua x kisah la.

    ReplyDelete
  9. mmg boleh servis sendiri...tapi biasanya aircon dipasang tinggi pada dinding sblh dalam atau luar rumah...rsiko tergelincir tangga...jatuh dan tercedera tu orang cuba elak..seratus dua x kisah la.

    ReplyDelete
  10. Salam.. saya baru lepas install ekon pagi kelmarin, ptg okey je sejuk.. mlm dah xsejuk,rasa angin je.. kenapa yea? Puas cari setting dan tukar mode guna remote.. tp xjadi..
    Dan nak tnye, kipas kompressor mmg kejab pusing kejab x ke?
    Dan lg satu soalan, kalau ekon baru pasang . Mmg xperlu tambah gas ke? Sbb smlm org yg pasang ekon tu xde tambah gas @cek gas pon.. hadeh! Terima kasoh encik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam aku ne bukan tahu sangat pasal aircond tapi aku kerja servicr aircond . Perkara cm ne mmg selalu jadi.. betul tu tuan aircond baru mmg tk perlu tambah gas. Kalau aircond baru pasang and tiba tiba tidak sejuk selalunya berlaku kebocoran gas. Caranya call org yg pasang aircond tu. Ty

      Delete
    2. Ye betul tu ni disebabkan gas berkurangan akibat kebocoran. Selalunya sebelum gas habis terus akan nampak ais beku (froz) kat copper pipe. Cuba tengok kat compressor. Akan ada kesan minyak pada kawasan kebocoran.

      Delete
  11. As salam...sape tau masalah aircond saya ni bile blower psg no3 je msti kaluar bunyi angin yg menggangu lena ku...cewahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..ac apa bran ea? Biasa nya kalau fan set high speed bunyi bising blower terlalu kotor bos..

      Delete
    2. Salam..ac apa bran ea? Biasa nya kalau fan set high speed bunyi bising blower terlalu kotor bos..

      Delete
    3. Bole call 0182760216 services

      Delete
    4. Blower dah sarat dgn habuk tu tuan

      Delete
  12. Saya ada problem aircond (outddoor) jenis Acson 1.5hp. Compressor hidup selama 20 - 30 minit sahaja. lepas tu mapuh terus. 1 jam - 2 jam kena tunggu baru compressor hidup balik. Seolah-olah kena tunggu dia sejuk dulu. Untuk makluman, kipas outdoor hidup seperti biasa. Adakah ianya rosak compresor jugok? Mohon penjelasan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya masalah ne sebab gas tiadak mencukupi

      Delete
    2. Boleh jadi bos salah 1 dari punca nya..tapi kalau outdoor terlalu kotor pon boleh menyebab kn comp overhead..

      Delete
    3. Boleh jadi bos salah 1 dari punca nya..tapi kalau outdoor terlalu kotor pon boleh menyebab kn comp overhead..

      Delete
    4. Ni kes overheat. Tuan cuba bersihkan outdoor fin tu dulu dfn cara pancutan air kasi tanggal semua habuk. Kalau tak boleh juga tuan cuba tukar thermostat relay yg ada di cap kompressor tu. Rujuk nota saya cara2 nak ganti benda tu

      Delete
  13. Tuan zulani..itu mnunjukkan compresor aircond high pressure atau high amp..mnyebabkan ia panas...lebih mudah lg mnujukkan dh tiba hayat dan perlu dibaiki...whatsapp...(013 3716809..area kl ke seremban shj)

    ReplyDelete
  14. baru lepas tukar capisitor... rm70.. huhuhu.. tapi tak pe lah.. rezeki dia

    ReplyDelete
  15. baru lepas tukar capisitor... rm70.. huhuhu.. tapi tak pe lah.. rezeki dia

    ReplyDelete
  16. Aku kena rm85.... Huhu.... Kapasitor... Kapasitor

    ReplyDelete
  17. Aku lagi le..110 capasitor ..plus servis 100..

    ReplyDelete
  18. Outdoor compressor angin sepatutnya panas kan? Tp mcm dah terbalik, aircond dlm keluar angin, angin compressor agak dingin. Compressor second baru dinanti dgn 2nd juge, 2 hari je sejuk. Terima kasih atas bantuan.

    ReplyDelete
  19. salam.sy mempunyai masalah ac x sejuk..outdoor jd gler kejap hidop kejap mati..sy dah pgl tecnician..katanya ac board rosak,liktrik ke outdoor x de..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  20. salam.sy mempunyai masalah ac x sejuk..outdoor jd gler kejap hidop kejap mati..sy dah pgl tecnician..katanya ac board rosak,liktrik ke outdoor x de..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Outdoor memang ade cut off bos.. klu x sjuk... bos check gas dlu mggunekan manifold ( alat chek gas ekon)

      Delete
  21. helo bos..aircond keluar air menitis dalam bilik..apa masalah tu?

    ReplyDelete
  22. paip indoor tersumbat,cabut paip di outdoor..pastu jolok dgn kabel..bt smpai air keluar..setel😀

    ReplyDelete
  23. Assalam tuan..ekon saya outdoor unit nyer kipas x pusing,lps tu lampu kt dlm asik blinking 3x stop pastu blinking lg..naper ye? Mohon pencerahan tuan

    ReplyDelete
  24. Assalam tuan..ekon saya outdoor unit nyer kipas x pusing,lps tu lampu kt dlm asik blinking 3x stop pastu blinking lg..naper ye? Mohon pencerahan tuan

    ReplyDelete
  25. Assalam tuan..ekon saya outdoor unit nyer kipas x pusing,lps tu lampu kt dlm asik blinking 3x stop pastu blinking lg..naper ye? Mohon pencerahan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampu tu tanda error code.. kena buka google type jenis ac. Exp light error code (jenama ac)

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Elo tuan.. saya punya indor tak berfungsi.bila on, bunyi ada, tapi tak berfungsi..boleh share tak,apa masalah aircon saya

    ReplyDelete
  28. Kes saya pulak compressor luar kipas jalan . Tapi kompressor x jalan.. ada dengar bunyi macam relay
    Apa masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..

      Call/whatsapp;
      0187798380 (qayyum)

      Delete
    2. wow qayyumbeti ka seikhlas ati

      Delete
  29. Assalam bos...nk tanya, apa masalah kompressor aircond bunyi kuat..mcm mtor boat...segan nk on aircond, tkt menganggu jiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..

      Call/whatsapp;
      0187798380 (qayyum)

      Delete
    2. minyak comp da kurang tu kene topup bos

      Delete
  30. Salam
    Kalau kipas pusing tapi kompresor tak function ni masalah apa plak yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..

      Call/whatsapp;
      0187798380 (qayyum)

      Delete
  31. Salam,
    Gas dah masuk penuh,indoor dah cuci,outdoor kipas ok.tapi masih x sejuk.macamana nk buat yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..

      Call/whatsapp;
      0187798380 (qayyum)

      Delete
  32. Salam,
    Gas dah masuk penuh,indoor dah cuci,outdoor kipas ok.tapi masih x sejuk.macamana nk buat yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan komponen dalam kompresor ada terbakar atau x berfungsi..itu kena call technician untuk repair..0172736237 Azim

      Delete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. slmt pg.. smlm sya suruh tecnican servis aircond. lepas dh proses vacum semua.. nk on aircond tp x da power lak.. check guna test pen ada pulak karan.. so nk buat cam ner ni tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..

      Call/whatsapp;
      0187798380 (qayyum)

      Delete
    2. Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..

      Call/whatsapp;
      0187798380 (qayyum)

      Delete
    3. hang try tukarwayar na dulu tgk mcm mne

      Delete
  36. salam tuan, aircond sy brand Daikin 1.5hp, masa awal dulu aircond ok, tak bunyi, sekarang ni 2-3 minggu ni kerap berbunyi. saya baru pakai 4-5 bulan. apa masalahnya?

    ReplyDelete
  37. Haramm, aku kena kapak rm300

    Rm150 tukar kapasitor

    Rm150 lagi servis

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhhh kene sembelih hahhaha next timecall aku 0182760216

      Delete
  38. Assalamualaikum.. boleh tolong reccomend mekanik yg boleh baiki compressor Alza 1.5 tahun 2012 tak.. Tukar baru Perodua cakap paling kurang rm1,500. Pls WA 0197786550 ya, jazakallah..

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum.. boleh tolong reccomend mekanik yg boleh baiki compressor Alza 1.5 tahun 2012 tak.. Tukar baru Perodua cakap paling kurang rm1,500. Pls WA 0197786550 ya, jazakallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh bapak la jangan terkena sis...econ kete x pandai sgt la tp kalau nak jd pomen bole je test eeeeheebe

      Delete
    2. Call 0139866657 utk aircond kereta

      Delete
  40. Salam boss , nk tanya . Kalau compressor running ok , sejuk ok , tapi compressor x cut off . Ok ke keadaan tue ? Need your advise .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jeee janji sejukkk oh kang kalau panas x senang duduk...hehehe

      Delete
    2. kene hati hati jugak, tutup selalu la aircond tu kang xpasal2 balik kg lupa nk tutup. terus freezing je aircond tu

      Delete
  41. saya nak tnya kenapa saya nak isi gas r22 utk 2hp xboleh?mcm xsedut..angin je keluar..

    ReplyDelete
  42. meter gauge stay..aircond smua hidup elok tpi gas xmasuk..ape masalh nya yer?

    ReplyDelete
  43. Baru servis bulan Jun, top up gas skali. Skang July aircond tak sejuk, ada angin je kluar. Dah 2 hari. Ada tak possibility tukang servis tukarkan kapasitor silinder masa servis tu? Letak yg dah na rosak supaya kita call dia minta repair plak?

    ReplyDelete
  44. Aircond rmh saya bila on trip. Sudah cek wiring, boleh bg tip nak cek apa lagi

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum... terime kasih admin dgn ilmu ni... Tadi kawan minta tolong tengokkan acondnye tak sejuk... kipas ade pusing... bile cek kompressor tak jalan... saye cube la tukar capasitor tu Alhamdulillah ok...

    ReplyDelete
  46. Waalaikumsalam...Alhandulillah tahniah skrg dah boleh bantu kawan2 dah.Suka saya dengar hehehe..

    ReplyDelete
  47. assalam bang nk tanya..kipas aircond saya x kuat pusing..outdoor..aircond x sejuk dah..selalunya boleh dengar dari dalam bilik kipas tu pusing kuat..skrg ni kipas pusing slow je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..cuba tukar capasitor 4 sefi warna hitam kat dlm kompressor tu dulu kalau tak boleh juga baru tukar motor kipas tu. Sebelum tukar motor kipas tu cuba2 le godek bukak cover motor tu kekadang dlm cover tu penuh dgn habuk pun boleh jadi slow juga..hehee

      Delete
  48. assalam bang..nak tanya...aritu aircond saya hidup 1minit pastu trip..sekarang langsung tak boleh on dah...kenapa yah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh on ni maksudnya apa ye. Kalau on pastu terus trip tu maksudnya kompressor dah rosak tapi sebelum tu cuba tukar thermostat kat atas kompressor tu dulu. Kalau on pastu kompressor jalan jap je pastu trip tu ada tersumbat tu samada saluran copper atau unit dlm dah kotor sangat dah..

      Delete
  49. As salam encik..nk mtk pencerahan..aircond umh sy rosak..bila on aircond xsejuk...blinking wrna oren je kt point no 2..knapa ya agk2 apa masalah..tma kasih

    ReplyDelete
  50. Waalaikumsalam...nak tau jugak berapa bilangan blinking tu. Cuba puan tengok kompressor puan berfungsi ke tidak. Puan boleh dengar kalau kompressor berdengung dan bergetar tu maknanya dia sedang bekerja kalau takde maknanya dia cuti sakit..hehe. Kalau dia tak berfungsi cuba puan ganti capasitor dulu berkemingkinan kapasitornya yang rosak. Kebiasaannya kalau selamani ok tetiba tak sejuk tu tandanya kompressor tak bekerja. Antara sebabnya adalah kasitor rosak. Sila puan rujuk cara nak ganti kasitor dan rupa bentuk kapasitor tersebut dlm forum saya yg lain ye..harap membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. capasitor problem la ye..ok nti sy try. insyaallah..tma ksh ya encik bg nasihat..

      Delete
  51. Kalau portable aircon kipas jalan tp compresor x jalan mcm mane ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je tuan..masalah kapasitor kompressor.

      Delete
  52. salam, saya ada masalah aircond. masalah aircond saya ni, kalau ON dalam 1jam dia akan trip 1 rumah. tggu 1-3minit boleh ON balik. tp dia akan trip lagi dalam 30minit - 1jam kemudian. aircond sejuk tu ok. outdoor jalan. adakah overload protector/relay problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...kalau trip 1 rumah tu bermakna ada short pada kompressor. Tuan boleh cuba ganti verload protection dulu kalau tak boleh juga maknanya kompressor tuan dah tak boleh bekerja kuat lagi (hampir2 ajal dah tu...hehe). Kurangkan juga setting pada remote. Akhir sekali cuba kurangkan gas bagi menurunkan sedikit amp kompressor tapi ruang akan kurang sejuk dari biasa.

      Delete
    2. Semalam saya dah buka tgk compressor. Dekat atas compressor tu xde overload protection. Hanya ada 3 cable connect ke compressor tu.

      Delete
    3. Haha...tu pasal dia trip terus 1 rumah. Tuan psg overload protection pastu check curent running berapa...

      01110202987

      Delete
    4. saya pakai aircond dah 2 tahun lebih. tp tahun ni baru dia buat hal tripping ni. aircond panasonic inverter 1hp.semalam bukak outdoor unit nk tgk compressor. tgk ada 1 je atas compressor tu. cable merah,biru kuning. power cable? xde pulak overload protector ats tu

      Delete
    5. Haha...imverter rupanya. Overload dia klu tak silap kenis built in ada kat board dlm indoor. Sebelum tu elok tuan servis aircond dulu. Cuci indor dan outdoor termasuk fin. Kalau boleh guna chemical. Kadang2 condensor kotor pun bolwh jadi kompressor heat tuan..

      Delete
    6. dah tuan. saya dah cuci tadi dengan harapan akan ok.hihihi. tapi sebaliknya. so skang ni masih lagi saspek overload protector tu ke tuan?

      Delete
    7. Tuan email no hp tuan In Shaa Allah saya cuba bantu. Sini susah juga nak terangkan bab trouble shooting ni ada mcm2 karenah hehehe..

      Delete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kqlu nak eli boarb 2nd panasonic 1.5 call me hafiz 0182760216

      Delete
  54. Aircon sy compressor dia bising bunyi lori knpe ye? Aircon mmg sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin minyak pelincir dlm kompressor dah kurang dan tanda2 kompressor dah nak kong..tapi selagi aircond masih sejuk lanyak dulu tuan. Cuba periksa juga kedudukkan kompressor tu dan skru pada badannya. Kalau perlu adjust atau sendal..sendalkan aje dgn kertas atau apa2 yg patut...hehe

      Delete
    2. Huhu...pernah buat. Complecated.

      Delete
    3. Elok lg kalau tukar minyak baru

      0182760216

      Delete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. Outdoor compressor angin sepatutnya panas kan? Tp mcm dah terbalik, aircond dlm keluar angin, angin compressor agak dingin.apa punca tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau mcm ni kompressor tak jalan

      Delete
  57. Outdoor compressor 1.5hp ,indoor unit 1.0hp,ada masalah tak bila guna unit luar dn dlm x sama hp?

    ReplyDelete
  58. Outdoor compressor 1.5hp ,indoor unit 1.0hp,ada masalah tak bila guna unit luar dn dlm x sama hp?

    ReplyDelete
  59. Jarang2 dibuat org ni..boleh tapi membazir current sb yg keluar tu tetap 1hp kerana design coil tak sama. Dan takut2 nanti selalu high amp.

    ReplyDelete
  60. Jarang2 dibuat org ni..boleh tapi membazir current sb yg keluar tu tetap 1hp kerana design coil tak sama. Dan takut2 nanti selalu high amp.

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum.. sy ada masalah aircond daikin inverter. Dh 6 tahun aircond tu berkhidmat. Dh 2 bulan tak sejuk dan kipas tak jalan. Sy google jumpa page ni. So pagi tadi saya dah buka outdoor unit dan cari capasitor tu tapi tak jumpa la. Yg sy nampak ada PCB dan dekat ctu ada byk capasitor.. ke mmg inverter capasitor dia melekat kat PCB terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aircond inverter ni nak senang kena tgk code error dia... IZZAT 0176092325

      Delete
  62. Waalaikumsalam...tuan cuba refer pada gambarah litar skematik dekat kompressor tu mesti ada dimana2. Kebiasaannya kapasitor utk kompressor warna putih kilat dan utk kipas nerwarna hitam 4 segi..

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Logik tak kalau mana-mana part outdoor dah rosak tapi bila ON aircond, indoor ok dan dingin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...dari segi teori tak logik sbbnya indoor hanya mengeluarkan angin sahaja mcm kipas meja. Manakala yg menyebabkan keseluruhan aircond sejuk adalah outdoor (kompressor). Jika salah 1 komponen di outdoor rosak maka keseluruhan sistem tidak akan sejuk. Contoh kipas meja tadi kalau dia sahaja kita akan rasa angin biasa sahaja tapi kalau kita letak ais batu baru ada rasa kesejukkannya...

      Delete
    2. Kalau ada outdoor dua unit call saya ,saya akan tolong buatkan jadi portable airconditioner

      Delete
    3. Mcm mane nak jadikan portable tu .?. ,sye ada 2unit oitdoor . ,1maybe compressor x jaln . ,lg 1 tempat nak masok gas tu rosak. ,

      Delete
  64. Salam encik zul,nak tanya tentang kompressor outdoor bising bila on.
    Dalam masa start on sehingga 15 menit ada bunyi bising dekat outoor,lepas tu
    Kompressor senyap mcmbiasa.kalau off,lepastu on balik kompressor akan bunyi bising sehingga 15minit sebrlum normal balik.indoor dalam sejuk juga.apakah kerosakan kalau compressor luar bising?.harap dapat membantu.terima kasih.

    ReplyDelete
  65. Salam encik zul,nak tanya tentang kompressor outdoor bising bila on.
    Dalam masa start on sehingga 15 menit ada bunyi bising dekat outoor,lepas tu
    Kompressor senyap mcmbiasa.kalau off,lepastu on balik kompressor akan bunyi bising sehingga 15minit sebrlum normal balik.indoor dalam sejuk juga.apakah kerosakan kalau compressor luar bising?.harap dapat membantu.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..kebiasaannya bunyi bising ni disebabkan

      1)skru pada cover longgar
      2) kedudukkan kompressor tidak seimmbang diatas rack
      3) kekurangan gas jadi kompressor perlu bekerja keras

      Cuba tuan periksa perkara2 diatas ye..

      Delete
  66. bro zulkidal, cover area mne ye? sye bru psg aircond 2nd. compressor sye ble on.. die pusing n dlm seminit mnt ade byi "uuuuk" (dlm 4 saat).. pastu dlm 5minit trus senyap. tukg psg ari tu mnta sye tkar compressor trus. Dlm dilema nk repair @ ganti trus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya di puchong tuan..bunyi uuuk dtg dari mana, kipas ke compressor? Terus senyap tu kipas dgn compressor tak jalan ke atau salah satu? Aircond masih sejuk tak kalau dua2 berfungsi? Kebiasaannya kalau kedua2nya berfungsi sekurang2nya 3-5 minit itu tandanya samada gas berkurangan atau terlebih. Cuba periksa paip copper berpeluh/berais atau langsung tiada apa2. Kalau berpeluh tu normal. Berais tanda gas kurang dan bocor. Taida apa2 maknanya gas langsung tak ada..

      Delete
    2. Inshaallah balik nnt sye cek copper tu. dan perhatikan balik kipas/cmpressor (selama ni igt yg outdoor tu cmpressor je :P )

      Delete
    3. Salam.. copper tu die xsjuk lgsg.. tp ari tu org yg install tu dh msukkn gas. Leaking kt mne2 ke ye kalu mcm tu?

      Delete
    4. Waalaikumsalam...ye betul tu ada leaking dimana2..

      Delete
  67. Salam. Saya nak tanya. Kenapa bila on aircond, sejuk dia dalam 10 min lepas tu keluar angin sahaja? Sebelum keluar angin tu, boleh dengar compressor keluarkan bunyi macam dia dah 'off'. Kena tunggu sekejap dalam 10/20 min pastu compressor akan bunyi balik and unit dalam pun sejuk. Dah check gas semua ok tapi tukang check tu kata compressor rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...ni perkara biasa dlm aircond. Kebiasaannya terjadi ada beberapa sebab.

      1) Gas kurang/berlebihan
      2) Terdapat sedikit angin didalam paip
      3) Sistem tersumbat
      4) Overload relay rosak

      Semua perkara diatas bolwh menyebabkan overheat dan kompressor akan mati dgn sendiri. Overload relay rosak juga menyebabkan kompressor tak boleh run lebih tinggi. Kesimpulan cuba ganti overload relay dan vacuum kesemua gas dlm sistem dan kemudian isi gas baru. Sebelum tu periksa juga kalau2 ada pipe copper yg bengkok/kemek boleh menyebabkan overheat..waulahhuaklam

      Delete
    2. Terima kasih banyak2. Klu encik tak keberapan boleh ke kongsi anggaran kos untuk baiki kes-kes macam ni dan andai kata pipe copper bengkok/kemek pula berapa anggaran kosnyer?

      Delete
    3. Berkenaan dgn kos ni lain org lain harganya..tertakluk pada jenis pembaikan dan kesukarannya serta brg yg diganti..maaf saya tak dpt nak pastikan takut nanti ada yg tak suka..

      Delete
  68. Salam.. aircon rumah saya bila on sejuk..tp selepas 1 ke 2 jam, cooper kat indoor unit akan ada byk ais atau frost..lepas tu air dia menitik byk dalam rumah.. kenapa jadi mcm tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Technician yg pasang aircon tu buat pendawaian direct kat indoor unit sbb dia cakap board rosak.. masalahnya frost terlalu banyak hingga menyebabkan kat dlm indoor unit tu berbunyi mcm ais pecah..

      Delete
    2. Waalaikumsalam...kena service tu tuan sb indoor terlalu kotor menyebabkan udara sejuk tak dpt nak keluar sepenuhnya (tersumbat)..

      Delete
  69. Salam tuan on aircond. Paip cooper berais. Set suhu 16. Lebih kurang 15-20 min lampu on(hijau) padam. Lampu sleep mode (merah) blink 3x.lepas 5-10min.. aircond off sendiri. Apa masalahnya yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..ni gas kurang tuan tapi sebelum tambah gas perlu periksa kebocoran dulu. Biasanya kebocoran yg menyebabkan gas berkurangan. Cuba guna air sabun dan sponge periksa dekat paip penyambung dgn teliti..mungkin kebocoran micro sahaja. Biasanya kalau ada kebocoran boleh nampak ada kesan minyak pada pipe..

      Delete
    2. kalo bocor berapa caj selalu org ambil??sbb aircond pakai 2 tahun...pangill techician seevis..pastu dy kata gas kurang sikit...sy tanya ada bocor x..dy kata x da..mmg normal kurang sikit katanya...

      Delete
    3. Harga ni bergantung pada kerja yg technician tu buat tuan..maaf saya tak dpt nak sebutkan harganya. Gas aircond ni sama mcm gas peti sejuk. Kalau takde kebocoran dia takkan berkurangan. Sedikit mungkin ada tapi amat sedikit kurang dari 5%. Belum pernah saya dengar org tambah gas peti sejuk...hehe melainkan bocor aje.

      Delete
  70. salam...masalah aircon sy dulu set suhu 22-23c dah sejuk gigil..tapi sejak baru2 nie kena set 17-19c baru rasa sejuk tu pun biasa2 jer....sebab apa yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...bnyak faktor juga yg menyebabkan aircond menjadi kurang sejuk antaranya..

      1) Kurang efficient sb banyak habuk dan kotoran.
      2) Kompressor da motor kipas dah semakin lemah.
      3) Faktor cuaca didalam dan diluar rumah.

      Waullahualam...

      Delete
  71. Salam. Aircond portable 1hp jenama elba asyik leaking air. Kena servis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...ye tuan kena service tu mungkin habuk dah banyak melekat

      Delete
  72. Assalamualaikum. Kalau tukar kompressor yg tak sama saiz. Contohnya yg asal 30 tukar dengan yg baru 45. Apa kesan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...maksud tuan capasitor ke? Boleh aje tuan tapi compressor akan cepat rosak sebab load yg masuk lebih tinggi dari yg diperlukan. Lagi satu current juga akan jadi lebih tinggi. Seeloknya biarlah sama atau +- 10% daripada yg asal.

      Delete
    2. Oh macam tu ke. Terima kasih banyak-banyak ye.

      Delete
  73. Salam, aircond panasonic 1hp angin panas & timer blinking & OFF.
    Aircond sudah diservis, mereka tambah buang gas lama n isi yg baru... aircond masih x sejuk..timer masih blinking...mereka tukar termistor pun masih sama....lepas tu mereka tukar kapasitor yg lebih besar 35...pun selepas 1 jam aircond akan berhenti, timer blinking....mereka kata compressor pandai panas..apa masalah kerosakan ini sebenarnya tuan?...semua tukar pun masih alami masalah yg sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..masa buang gas tu guna kaedah apa ye puan? Kebiassannya guna kaedah vacuum dan buang fas lama. Ni tada kena mengena dgn thermister. Ini disebabkan sistem overheat. Servis yg puan buat tu buka keseluruhan indoor/outdoor ke atau servis biasa sahaja. Masalah overheat ni ada mcm2...

      1) Kurang gas/ terlebih gas.
      2) Ada udara didalam piping.
      3) Kebocoran (besar/micro)
      4) Piping tersumbat (bengkok/kemek)
      5) Tiub capilari tersumbat
      6) Filter dryer kotor.
      7) Fin outdoor kotor
      8) Kipas compressor lemah.

      Semua diatas adalah penyebab overheat yg menyebabkan amp tinggi dan memutuskan overload pada compressor supaya compressor tak rosak. Puan perlu check kesemua perkara diatas dripada yg paling mudah dahulu sampai ke tiub capilari. Periksa juga paip copper tu samada berpeluh atau panas?. Tip untuk mencari kebocoran puan boleh lihat ada kesan minyak dikawasan tu. Gunakan air sabun cuci kawasan tersebut dan lap bagi kering. Kemudian on aircond biarkan sampai mati sendiri dan check semula kawasan tadi samada berminyak atau tidak. Kebiasaannya pada penyambungan piping antara outdoor dan indoor termasuk penyambungan di compressor..

      Selamat mencuba..

      Delete
    2. Asalamualaikum tuan, sy pun urg mekanik aircond juga mengalami problem yang sama, panasonic 1.5hp timer (lampu merah) blinking, dan compressor outdoor unit selalu off dalam masa (3min) dan on semula (5min) sepanjang satu jam sy pasang on repeat 5min 3min, tapi bila sy tukar indoor unit jenama lain compressor outdoor unit panasonic okay je takde problem, adakah indoor panasonic pc board ada problem?

      Delete
    3. Waalaikumsalam...segan rasanya nak jawab sb ilmu saya tak seberapa ni hehe..saya pernah juga mengalami masalah sama mcm ni. Tuan dah cuba tukar thermister ke? Kalau dah tukar masih sama juga cuba tuan buka fcu tu check kat bahagian copper pipe. Barangkali ada terdapat piping kemek dan kebocoran halus kat situ. Kalau boleh rendam dalam air keseluruhan fcu tu termasuk piping sekali. Saya pernah alami ni akhirnya piping kat bahagian bending tu bocor tapi tak perasan..harap membantu. Pengalaman saya le aircond board ni kalau problem keseluruhan sistem tak boleh berfungsi sb litar dia berkait antara satu sama lain..

      Delete
  74. Assalamualaikum cik zul. Aircond saya tak boleh berfungsi. Bila saya ON je suis, timer lamp akan blinking 14 kali dan akan berhenti kelip dalam 2 3 saat. Lepas tu dia ulang balik blinking tu. Bila saya cari kat manual, dia kata outdoor unit problem (Over voltage is detected by system power module)(faulty SPM). 'System power module' tu boleh dibaiki ke? Atau pun boleh ditukar 1 component dia? Berbaloi ke harga untuk baik pulih dengan kerosakan tersebut?

    ReplyDelete
  75. Waalaikumsalam..boleh saya tau aircond tuan jenama apa dan jenis inveter ke non inveter? Kalau board yg rosak mmg mahal dan sukar dibaiki tambahan yg jenis inveter. Kerjanya pun rumit. Masih berbaloi tuan kalau tukar jika aircond tuan masih baru tapi kalau dah hampir2 10 tahun elok le tuan beli unit yg baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brand: Hitachi
      Indoor Unit Model: RAS-5115CC
      Outdoor Unit Model: RAC-5115CC
      Kalau part yg inverter/non-inverter tu sapa tak pasti.

      Delete
    2. Nak tau aircond tuan jenis inverter atau tidak cuba buka cover outdoor tu kalau ada jumpa panel board tu maknanya jenis inverter. Selalunya masalah inverter ni pada electronic boardnya yg sensitive. Apa pun cuba tuan buat major service dulu. Buka cover indoor dan bersihkan sirip2 juga blower fan. Guna spray air dan berus gigi. Kadang2 sebab terlalu banyak habuk yg melekat dan menyebabkan udara keluar masuk tersumbat compressor jadi panas dan cut off..

      Delete
  76. assalamualikum tuan.. masalah compressor x hidup n kipas x consisten skjp kuat skjp prlahan.. sy dh tukar capacitor baru masalah tetap sama tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..boleh tahu tuan dah guna aircond ni berapa lama? Kalau kapasitor dah ganti maknanya motor kipas tu dah semakin berat. Boleh buka motor kipas tu servis dan tambah gris. Masalah kompressor ni tuan boleh testing samada masih elok atau dah kong. Caranya tuan buka cap kat atas kompressor tu kemudian guna multimer shortkan pada terminal CR, CN dan NR. Seharusnya ada bacaan tapai kalau salah satu tu takde bacaan bermakna compressor dah rosak. Kalau ada bacaan masih bolwh digunakan tuan cuma perlu ganti thermostat relay kat dalam cap tadi. Hati2 pastikan tuan ambil gambar atau tulis dulu pada kertas sebagai nota sebelum mencabut wayer ye sb setiap termimal tu ada tanda utk setiap wayer..

      Delete
    2. dah 3 tahun tuan.. tapi sy dh chck x ada thermostat relay kat atas compressor tuan.. cuma yg ada 3 wayer terus kat pin. jenis aircon panasonic 2.5hp

      Delete
    3. Tuan dah buat test pada terminal 3 wire tu tak CS,CR dan RS?. Ada bacaan tak?

      Delete
    4. technician dh check tuan.. dia ckp compressor jammd

      Delete
  77. Haha..kalau technician dah check netul la kot tapi tuan boleh check sendiri. Biasanya kalau compressor kong automatik terus cut off letrik. Apa pun tak berfungsi termasuk kipas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. ni letrik x cut off tuan.. hmm dh kena lh ni ngan techncian

      Delete
    2. Hehe...sb tu saya suruh periksa dulu kat terminal kompressor baru panggil technician..

      Delete
    3. hehe ok thnk u tuan

      Delete
  78. Assalamualaikum tuan. Saya baru lepas servis aircond. Lepas seminggu ac langsung tak sejuk. Panggil technician tadi, dia tukar pulak kapasitor compressor kena rm120. Sejuk tu sejuk la tapi tak jugak sesejuk dulu. Try 16c pun sejuk gitu gitu je. Lepas tu compressor kat luar pulak bunyi "ketak" "ketak" "ketak". Memang biasa ke gitu. Selama dah bertahun pasang ac tak pernah pulak dengar bunyi macam tu tapinya. Apa sebabnya ye? Kena panggil techician lagi ke? Adoiiii..dah habis rm 270 dah dlm tempoh seminggu je..adoi laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..ni masalah ada kebocoran ni sb tu kompressor tu berbunyi ketak2 kerana minyak kurang didalamnya. Kalau tuan boleh isi semula gas tak perlu panggil technician. Tapi sebelum isi perlu cari dimana kesan minyak yg keluar. Cuba periksa pada bahagian penyambungan pipe copper kebiasaannya di situ.

      Delete
  79. Salam tuan, aircond inverter kalau tak sejuk, kipas jalan tapi compressor takde bunyi tu sebab apa ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...ada masalah pada capasitor di board tu tuan.

      Delete
  80. salam tuan sy ada 2 soalan . 1. pti ais beku di comp. 2.peti ais beku selepas capillary tube.hrap dpt mmbantu. t.k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...aduh bab peti ais ni bukan kemahiran saya ni tapi saya cuba ye..

      1. Beku di comp..ni compressor ke compartment? Peti ais ni ada jenis yg nyah defrost. Udara lembab dan suhu sejuk yg terkumpul didalam ruang tersebut menyebabkan dia frost.

      2. Kebiasaannya kalau tube copper beku ( frost) tak kira le dimana2 itu tanda kekurangan gas. Barangkali ada kebocoran atau capillary tersumbat..

      Waullahuaklam..

      Delete
  81. Salam tuan,tumpang bertanya...kenapa on aircond terus trip...unit dalam tak bypass...klau kes mcamni kompressor rosak ka tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..maaf lambat reply. Ye tuan salah 1 cara mudah nak check kompressor tu rosak ke tak tuan cabut wire pada board yg pergi ke kompressor diterminal kompressor atau di indoor board. Pasru on tengok trip ke tak. Kalau tak trip tu makna kompressor dah rosak kalau trip juga makna ada incoming kabel rosak

      Delete
  82. Kompressor kipas jalan tapi tak sejuk.. Kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kipas jalan belum tentu kompressor jalan tuan hehehe. Cuba tuan dengar ada bunya dengung tak pada outdoor unit. Dan periksa juga angin yg keluar pada kipas outdoor tu biasa je ke panas. Kalau panas makna kompressor bekerja. Kalau kompressor tak bekerja tu ada masalah dgn capasitor kompressor. Tuan ganti capasitor tu dulu tengok camana. Cara nak tukar capasitor tuan boleh tengok nota yg saya tuliskan dlm bog saya ye..t.kasih

      Delete
  83. Assalamualaikum Encik Zul. Saya merupakan student praktikal di Kolej Vokasional Juasseh di dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara (PPU). Jadi saya amat memerlukan blog seperti ini untuk saya lebih mendalami ilmu ppu dan untuk diajar kepada murid ppu. Saya ada hajat untuk Encik Zul kongsikan dengan saya nota-nota yang berkaitan PPU untuk saya lebih mendalami ilmu ppu ini. kalau ada boleh Encik tinggal no wasap? nnti saya contact encik. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...maaf cikgu saya bukan pandai dlm bidang aircond cuma sedikit ilmu yg saya ada utk saya kongsi bersama kawan2. Tapi kalau cikgu rasa ilmu yg saya ada ni berguna utk murid2 cikgu saya tiada masalah utk dikongsikan dan semuga ianya bermanfaat. 01110202987

      Delete
  84. Salam en zul..tumpang tanya kipas outdoor tak pusing dah cek kipas ok

    ReplyDelete
  85. Waalaikimsalam...maaf tak faham soalan tuan. Kipas kalau tak jalan maknanya tak ok. Yg tak ok apa sebenarnya ye hehehe..

    ReplyDelete
  86. Terbaik blog ni..harap tuan Zul dapat teruskankan berkongsi..trima ksih tuan atas ilmunya..klo sy bce blog ni, dah tentu tak kena rm200 hanya utk sebiji kapasitor..aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah tuan..semuga bermanfaat utk semua.

      Delete
  87. Assalamualaikum tuan zulkidal,semoga Allah swt membalas jasa tuan untuk membantu org awam dlm penulisan ttg ilmu ini,Alhamdulillah byk yg sy dapat timba dlm ilmu yg tuan curahkan..semoga Allah swt memberkahi tuan sekeluarga..aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah...aamiin..t.kasih tuan mendoakan saya sekeluarga. Sebaik2 manusia ialah org yg boleh memberi manfaat kepada org lain. Jadi hanya ilmu sahaja yg boleh dimanfaatkan dan diturunkan dan berkekalan. Sama2 kita kongsi ilmu saya yg sedikit ni supaya semua dapat manfaatnya.

      Delete
  88. Assalamualaikum tuan Zulkidal,saya pengguna air cond jenis daikin 1.0hp..Air cond berusia 4 tahun dari tarikh beli(Beli baru), masalah yang saya alami outdoor compressor x berfungsi,kipas tak jalan..hanya angin je rasa dan tak sejuk...selama 4 tahun ni cuma cuci sendiri filter je(indoor)...Nak claim warranty resit pulak hilang...Adoyai...
    kalau masalah yang saya alami berkaitan dengan kapasitior jugak ke tuan?
    lagi satu "discharge kapasitor yang tuan maksudkan tu kene buat sebelum cabut wayar dari kapasitor atau selepas cabut wayar?

    ReplyDelete
  89. kapasitor yang macam tin susu tu berapa harga nya ye tuan?

    ReplyDelete