Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Aku nak kongsi pengalaman troubleshooting, kenapa tiba-tiba aircond rumah kita tak sejuk keluar angin je. Filter, condenser indoor/outdoor, blower fan semua dah servis tapi tak jugak sejuk2...
Jangan panik, masaalah ni biasa le terjadi tak kira le aircond baru ke lama ke baru servis ke, kalau dia nak buat hal dia tak kira semua tu.
Biasanya problem macam ni disebabkan kapasitor kompressor dah rosak. So dia tak dapat nak energize voltage/current pada compressor dan juga kipas compressor tersebut. Jadi bila kita on aircond voltage/current tak melepasi capasitor tu. Camana nak tau yang mana satu kapasitor compressor ni?. Untuk pengetahuan korang dekat compressor tu ada 2 kapasitor. Yang besar berkilat berbentuk silinder macam tin susu (tapi kecik dari tin susu le) dengan yang kecil berwarna hitam. Yang berbentuk silinder tu untuk compressor dan yang hitam tu untuk motor kipas compressor.
Camana nak tau yang kapasitor tu dah rosak?. Haha..senang je melalui pendengaran kita boleh tau, bila kompressor tu senyap tak berbunyi pastu kipas pun tak berpusing, tu maknanya kapasitor silinder tu dah rosak le tu. Tapi kalau kipas berpusing kompressor je tak berdengung, yang ni bab lain pulak, takde kene mengena dengan kedua-dua kapasitor tu rosak. Kebiasaanya current yang masuk ke compressor akan melalui kapasitor kompressor dulu baru ke kapasitor motor kipas. Kita boleh gunakan kapasitor meter untuk periksa tapi kalau takde cukup le dengan kaedah diatas ni lagi pun bukan le mahal sangat kapasitor tu..Rm 10 hinggit je kalau beli kat kedai aircond le.
Nak gantinya senang je, seperti biasa offkan dulu aircond kemudian korang kena buka cover outdoor kompressor tu nanti korang akan nampak 1 benda yang berkilat berwarna putih berbentuk silinder macam tin susu (tapi kecil sikit le). AMARAN..sebelum korang pegang kapasitor ni korang kena discharge dulu kapasitor tersebut sebab tugas kapasitor ni adalah menyimpan voltage/current sebelum di supply kepada bebannya. Macam store le..Cara nak discharge ialah dengan menggunakan skru diver yang panjang dan sentuhkan pada kedua2 terminal diatas kapasitor tersebut untuk beberapa saat sahaja dah cukup. Skru driver ni mestilah tidak bersalut penebat kecuali pemegangnya sahaja kalau tak keras kejap korang kat situ..hihihi. Dah discharge aku syorkan korang ambil gambar dulu terutama pada penyambungan wayer terminal supaya nanti korang boleh refer semula kalau terlupa kat mana nak sambung wayer ke terminal kapasitor baru nanti. Dah cabut boleh le beli kat kedai aircond dan pastikan spesifikasi yang tertera pada kapasitor baru nanti sama dengan yang rosak tu terutama pada saiz `uf' , Hz dan juga voltage.
Ok tu je..senang kan. Tak perlu upah orang sendiri pun boleh buat..hihihi
Sekian terima kasih semuga dapat membantu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBole call 0182760216
Deletebro cover area mane? dah puas sy cube cara2 yg bro ajarkan tapi same juga sy set 18 pun belum sempat sejuk kompressor off then 2 minit on balik pusing
DeleteAduh..plesanz ni mmg pening kalau jadi camni. Biasanya masalah no timbul disebabkan kompressor overheat samada cecair freon terlebih atau ada saluran paip tersumbat. Berkemungkinan juga thermostat relay kat kompressor tu dah rosak. Boleh cuba tukar thermostat tu dulu dlm rega rm10 camtu. Pastu baru cuba buang cecair sikit demi sedikit. Selain pada tu kalau kipas outdoor tak cukup laju pun boleh menyebabkan udara panas tak boleh dibawa keluar.
DeleteKalau compresor nk tahu rosak mcmna plak bos? capasitor da tukar?
ReplyDeleteKompressor ni susah nak rosak kalau cukup cecair freon dlm dia dan paip copper tak tersumbat. Nak tau kompressor dah rosak bila kita on terus trip mcb kat kotak letrik utama. Tu comfirm komoressor dah kena tukar. Cara lain kena check kat atas kompressor tu buka cap terminal wayer ada tertera C, S & R. Nak kena guna multimeter kalau nak check nya..hehehe tu dah level 3 dah tu..
Deletemcm mana plk klw compressor bunyi noise sangt ..adkah tanda compr sudah nk rosak ?
DeleteRepair aircond IZZAT 0176092325
DeleteMasalah sy pon hampir sama dgn kes tuan...kompressor yg outdoor dh tak bbunyi.tp bab nk buka buat sndiri ni sy tak berapa nk berani.kalau pakai org servis agak2 brp diorng akan cas ye?
ReplyDeleteSy pernah kena dia charge sampai 2ratus lebih.. full service katenya..
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteDulu masa mula2 dulu saya pun tak berani juga tapi bila precaution kita sentaisa ada so dah jadi berani dah..hehehe..cuba le ikut step yg saya dah terangkan tu In Shaa Allah tuan boleh tolong orag lain pula lepas nih..
DeleteMasalah sy pon hampir sama dgn kes tuan...kompressor yg outdoor dh tak bbunyi.tp bab nk buka buat sndiri ni sy tak berapa nk berani.kalau pakai org servis agak2 brp diorng akan cas ye?
ReplyDeleteServis aircond 1HP rm100 (normal), rm150(full servis) IZZAT 0176092325
DeleteAsalamualaikum..terima kasih atas info ...ini amat berguna ,mlm tadi air cond dlm bilik saya tiba2 tak sejuk ..saya cek ..moto fak berfungsi nd sy tunggu siang hr nak cek semula..awal pg sy google dan dpt info ini...terus saya buka dan cek kapasitor nama alat ganti itu ..pg kdai beli dan tukar..Alhamdulilah berfungsi seperti biasa...boleh cuba..kos alatganti rm30.00 sahaja.terima kasih utuk info yg berguna ini.
ReplyDeleteWaalaikumsalam...Alhamdulillah..elok kalau tuan dah tahu standby 1 kat rumah buat spare.
DeleteTahniah tuan! Terima ksh atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah merahmati tuan.
ReplyDeleteAamiin..sama2 tuan
DeleteTahniah tuan! Terima ksh atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah merahmati tuan.
ReplyDeletemmg boleh servis sendiri...tapi biasanya aircon dipasang tinggi pada dinding sblh dalam atau luar rumah...rsiko tergelincir tangga...jatuh dan tercedera tu orang cuba elak..seratus dua x kisah la.
ReplyDeletemmg boleh servis sendiri...tapi biasanya aircon dipasang tinggi pada dinding sblh dalam atau luar rumah...rsiko tergelincir tangga...jatuh dan tercedera tu orang cuba elak..seratus dua x kisah la.
ReplyDeleteSalam.. saya baru lepas install ekon pagi kelmarin, ptg okey je sejuk.. mlm dah xsejuk,rasa angin je.. kenapa yea? Puas cari setting dan tukar mode guna remote.. tp xjadi..
ReplyDeleteDan nak tnye, kipas kompressor mmg kejab pusing kejab x ke?
Dan lg satu soalan, kalau ekon baru pasang . Mmg xperlu tambah gas ke? Sbb smlm org yg pasang ekon tu xde tambah gas @cek gas pon.. hadeh! Terima kasoh encik :)
Wsalam aku ne bukan tahu sangat pasal aircond tapi aku kerja servicr aircond . Perkara cm ne mmg selalu jadi.. betul tu tuan aircond baru mmg tk perlu tambah gas. Kalau aircond baru pasang and tiba tiba tidak sejuk selalunya berlaku kebocoran gas. Caranya call org yg pasang aircond tu. Ty
DeleteYe betul tu ni disebabkan gas berkurangan akibat kebocoran. Selalunya sebelum gas habis terus akan nampak ais beku (froz) kat copper pipe. Cuba tengok kat compressor. Akan ada kesan minyak pada kawasan kebocoran.
DeleteAs salam...sape tau masalah aircond saya ni bile blower psg no3 je msti kaluar bunyi angin yg menggangu lena ku...cewahhh
ReplyDeleteSalam..ac apa bran ea? Biasa nya kalau fan set high speed bunyi bising blower terlalu kotor bos..
DeleteSalam..ac apa bran ea? Biasa nya kalau fan set high speed bunyi bising blower terlalu kotor bos..
DeleteBole call 0182760216 services
DeleteBlower dah sarat dgn habuk tu tuan
DeleteSaya ada problem aircond (outddoor) jenis Acson 1.5hp. Compressor hidup selama 20 - 30 minit sahaja. lepas tu mapuh terus. 1 jam - 2 jam kena tunggu baru compressor hidup balik. Seolah-olah kena tunggu dia sejuk dulu. Untuk makluman, kipas outdoor hidup seperti biasa. Adakah ianya rosak compresor jugok? Mohon penjelasan segera.
ReplyDeleteSelalunya masalah ne sebab gas tiadak mencukupi
DeleteBoleh jadi bos salah 1 dari punca nya..tapi kalau outdoor terlalu kotor pon boleh menyebab kn comp overhead..
DeleteBoleh jadi bos salah 1 dari punca nya..tapi kalau outdoor terlalu kotor pon boleh menyebab kn comp overhead..
DeleteNi kes overheat. Tuan cuba bersihkan outdoor fin tu dulu dfn cara pancutan air kasi tanggal semua habuk. Kalau tak boleh juga tuan cuba tukar thermostat relay yg ada di cap kompressor tu. Rujuk nota saya cara2 nak ganti benda tu
DeleteTuan zulani..itu mnunjukkan compresor aircond high pressure atau high amp..mnyebabkan ia panas...lebih mudah lg mnujukkan dh tiba hayat dan perlu dibaiki...whatsapp...(013 3716809..area kl ke seremban shj)
ReplyDeletebaru lepas tukar capisitor... rm70.. huhuhu.. tapi tak pe lah.. rezeki dia
ReplyDeletebaru lepas tukar capisitor... rm70.. huhuhu.. tapi tak pe lah.. rezeki dia
ReplyDeleteAku kena rm85.... Huhu.... Kapasitor... Kapasitor
ReplyDeleteAku lagi le..110 capasitor ..plus servis 100..
ReplyDeleteOutdoor compressor angin sepatutnya panas kan? Tp mcm dah terbalik, aircond dlm keluar angin, angin compressor agak dingin. Compressor second baru dinanti dgn 2nd juge, 2 hari je sejuk. Terima kasih atas bantuan.
ReplyDeletesalam.sy mempunyai masalah ac x sejuk..outdoor jd gler kejap hidop kejap mati..sy dah pgl tecnician..katanya ac board rosak,liktrik ke outdoor x de..mohon pencerahan
ReplyDeleteBlh hubungi saya di 0138530232
Deletesalam.sy mempunyai masalah ac x sejuk..outdoor jd gler kejap hidop kejap mati..sy dah pgl tecnician..katanya ac board rosak,liktrik ke outdoor x de..mohon pencerahan
ReplyDeleteOutdoor memang ade cut off bos.. klu x sjuk... bos check gas dlu mggunekan manifold ( alat chek gas ekon)
Deletecall no 0182760216
Deletehelo bos..aircond keluar air menitis dalam bilik..apa masalah tu?
ReplyDeleteBos kalau mcm tu kena service tu. Hehehe
Deletesumbat tu banyak jeli...hehehe
Deletesumbat tu banyak jeli...hehehe
Deletepaip indoor tersumbat,cabut paip di outdoor..pastu jolok dgn kabel..bt smpai air keluar..setel😀
ReplyDeleteAssalam tuan..ekon saya outdoor unit nyer kipas x pusing,lps tu lampu kt dlm asik blinking 3x stop pastu blinking lg..naper ye? Mohon pencerahan tuan
ReplyDeleteAssalam tuan..ekon saya outdoor unit nyer kipas x pusing,lps tu lampu kt dlm asik blinking 3x stop pastu blinking lg..naper ye? Mohon pencerahan tuan
ReplyDeleteAssalam tuan..ekon saya outdoor unit nyer kipas x pusing,lps tu lampu kt dlm asik blinking 3x stop pastu blinking lg..naper ye? Mohon pencerahan tuan
ReplyDeleteLampu tu tanda error code.. kena buka google type jenis ac. Exp light error code (jenama ac)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteElo tuan.. saya punya indor tak berfungsi.bila on, bunyi ada, tapi tak berfungsi..boleh share tak,apa masalah aircon saya
ReplyDeletebole call 0182760216
DeleteBoleh juga tips nya :D makasih....
ReplyDeleteKes saya pulak compressor luar kipas jalan . Tapi kompressor x jalan.. ada dengar bunyi macam relay
ReplyDeleteApa masalahnya
InshaAllah Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..
DeleteCall/whatsapp;
0187798380 (qayyum)
wow qayyumbeti ka seikhlas ati
DeleteAssalam bos...nk tanya, apa masalah kompressor aircond bunyi kuat..mcm mtor boat...segan nk on aircond, tkt menganggu jiran..
ReplyDeleteSaya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..
DeleteCall/whatsapp;
0187798380 (qayyum)
minyak comp da kurang tu kene topup bos
DeleteSalam
ReplyDeleteKalau kipas pusing tapi kompresor tak function ni masalah apa plak yer.
Waalaikumusalam..Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..
DeleteCall/whatsapp;
0187798380 (qayyum)
Salam,
ReplyDeleteGas dah masuk penuh,indoor dah cuci,outdoor kipas ok.tapi masih x sejuk.macamana nk buat yea.
Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..
DeleteCall/whatsapp;
0187798380 (qayyum)
Salam,
ReplyDeleteGas dah masuk penuh,indoor dah cuci,outdoor kipas ok.tapi masih x sejuk.macamana nk buat yea.
kemungkinan komponen dalam kompresor ada terbakar atau x berfungsi..itu kena call technician untuk repair..0172736237 Azim
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteslmt pg.. smlm sya suruh tecnican servis aircond. lepas dh proses vacum semua.. nk on aircond tp x da power lak.. check guna test pen ada pulak karan.. so nk buat cam ner ni tuan
ReplyDeleteSaya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..
DeleteCall/whatsapp;
0187798380 (qayyum)
Saya boleh membantu anda.untuk cek,servis dan repair.seikhlas hati..
DeleteCall/whatsapp;
0187798380 (qayyum)
hang try tukarwayar na dulu tgk mcm mne
Deletesalam tuan, aircond sy brand Daikin 1.5hp, masa awal dulu aircond ok, tak bunyi, sekarang ni 2-3 minggu ni kerap berbunyi. saya baru pakai 4-5 bulan. apa masalahnya?
ReplyDeleteHaramm, aku kena kapak rm300
ReplyDeleteRm150 tukar kapasitor
Rm150 lagi servis
perghhhh kene sembelih hahhaha next timecall aku 0182760216
DeleteAssalamualaikum.. boleh tolong reccomend mekanik yg boleh baiki compressor Alza 1.5 tahun 2012 tak.. Tukar baru Perodua cakap paling kurang rm1,500. Pls WA 0197786550 ya, jazakallah..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. boleh tolong reccomend mekanik yg boleh baiki compressor Alza 1.5 tahun 2012 tak.. Tukar baru Perodua cakap paling kurang rm1,500. Pls WA 0197786550 ya, jazakallah..
ReplyDeleteperghhh bapak la jangan terkena sis...econ kete x pandai sgt la tp kalau nak jd pomen bole je test eeeeheebe
DeleteCall 0139866657 utk aircond kereta
DeleteSalam boss , nk tanya . Kalau compressor running ok , sejuk ok , tapi compressor x cut off . Ok ke keadaan tue ? Need your advise .
ReplyDeleteok jeee janji sejukkk oh kang kalau panas x senang duduk...hehehe
Deletekene hati hati jugak, tutup selalu la aircond tu kang xpasal2 balik kg lupa nk tutup. terus freezing je aircond tu
Deletenext time promote no aku bos....
ReplyDeletesaya nak tnya kenapa saya nak isi gas r22 utk 2hp xboleh?mcm xsedut..angin je keluar..
ReplyDeletemeter gauge stay..aircond smua hidup elok tpi gas xmasuk..ape masalh nya yer?
ReplyDeleteTry tukar cap tube
DeleteTry tukar cap tube
DeleteBaru servis bulan Jun, top up gas skali. Skang July aircond tak sejuk, ada angin je kluar. Dah 2 hari. Ada tak possibility tukang servis tukarkan kapasitor silinder masa servis tu? Letak yg dah na rosak supaya kita call dia minta repair plak?
ReplyDeleteAircond rmh saya bila on trip. Sudah cek wiring, boleh bg tip nak cek apa lagi
ReplyDeletecheck kompreser. kemungkinan rosak
Deletecheck kompreser. kemungkinan rosak
DeleteAssalamualaikum... terime kasih admin dgn ilmu ni... Tadi kawan minta tolong tengokkan acondnye tak sejuk... kipas ade pusing... bile cek kompressor tak jalan... saye cube la tukar capasitor tu Alhamdulillah ok...
ReplyDeleteWaalaikumsalam...Alhandulillah tahniah skrg dah boleh bantu kawan2 dah.Suka saya dengar hehehe..
ReplyDeleteassalam bang nk tanya..kipas aircond saya x kuat pusing..outdoor..aircond x sejuk dah..selalunya boleh dengar dari dalam bilik kipas tu pusing kuat..skrg ni kipas pusing slow je..
ReplyDeleteWaalaikumsalam..cuba tukar capasitor 4 sefi warna hitam kat dlm kompressor tu dulu kalau tak boleh juga baru tukar motor kipas tu. Sebelum tukar motor kipas tu cuba2 le godek bukak cover motor tu kekadang dlm cover tu penuh dgn habuk pun boleh jadi slow juga..hehee
Deleteassalam bang..nak tanya...aritu aircond saya hidup 1minit pastu trip..sekarang langsung tak boleh on dah...kenapa yah???
ReplyDeleteTak boleh on ni maksudnya apa ye. Kalau on pastu terus trip tu maksudnya kompressor dah rosak tapi sebelum tu cuba tukar thermostat kat atas kompressor tu dulu. Kalau on pastu kompressor jalan jap je pastu trip tu ada tersumbat tu samada saluran copper atau unit dlm dah kotor sangat dah..
DeleteAs salam encik..nk mtk pencerahan..aircond umh sy rosak..bila on aircond xsejuk...blinking wrna oren je kt point no 2..knapa ya agk2 apa masalah..tma kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam...nak tau jugak berapa bilangan blinking tu. Cuba puan tengok kompressor puan berfungsi ke tidak. Puan boleh dengar kalau kompressor berdengung dan bergetar tu maknanya dia sedang bekerja kalau takde maknanya dia cuti sakit..hehe. Kalau dia tak berfungsi cuba puan ganti capasitor dulu berkemingkinan kapasitornya yang rosak. Kebiasaannya kalau selamani ok tetiba tak sejuk tu tandanya kompressor tak bekerja. Antara sebabnya adalah kasitor rosak. Sila puan rujuk cara nak ganti kasitor dan rupa bentuk kapasitor tersebut dlm forum saya yg lain ye..harap membantu.
ReplyDeletecapasitor problem la ye..ok nti sy try. insyaallah..tma ksh ya encik bg nasihat..
DeleteSama2..
DeleteKalau portable aircon kipas jalan tp compresor x jalan mcm mane ye
ReplyDeleteSama je tuan..masalah kapasitor kompressor.
Deletesalam, saya ada masalah aircond. masalah aircond saya ni, kalau ON dalam 1jam dia akan trip 1 rumah. tggu 1-3minit boleh ON balik. tp dia akan trip lagi dalam 30minit - 1jam kemudian. aircond sejuk tu ok. outdoor jalan. adakah overload protector/relay problem?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...kalau trip 1 rumah tu bermakna ada short pada kompressor. Tuan boleh cuba ganti verload protection dulu kalau tak boleh juga maknanya kompressor tuan dah tak boleh bekerja kuat lagi (hampir2 ajal dah tu...hehe). Kurangkan juga setting pada remote. Akhir sekali cuba kurangkan gas bagi menurunkan sedikit amp kompressor tapi ruang akan kurang sejuk dari biasa.
DeleteSemalam saya dah buka tgk compressor. Dekat atas compressor tu xde overload protection. Hanya ada 3 cable connect ke compressor tu.
DeleteHaha...tu pasal dia trip terus 1 rumah. Tuan psg overload protection pastu check curent running berapa...
Delete01110202987
saya pakai aircond dah 2 tahun lebih. tp tahun ni baru dia buat hal tripping ni. aircond panasonic inverter 1hp.semalam bukak outdoor unit nk tgk compressor. tgk ada 1 je atas compressor tu. cable merah,biru kuning. power cable? xde pulak overload protector ats tu
DeleteHaha...imverter rupanya. Overload dia klu tak silap kenis built in ada kat board dlm indoor. Sebelum tu elok tuan servis aircond dulu. Cuci indor dan outdoor termasuk fin. Kalau boleh guna chemical. Kadang2 condensor kotor pun bolwh jadi kompressor heat tuan..
Deletedah tuan. saya dah cuci tadi dengan harapan akan ok.hihihi. tapi sebaliknya. so skang ni masih lagi saspek overload protector tu ke tuan?
DeleteTuan email no hp tuan In Shaa Allah saya cuba bantu. Sini susah juga nak terangkan bab trouble shooting ni ada mcm2 karenah hehehe..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKqlu nak eli boarb 2nd panasonic 1.5 call me hafiz 0182760216
DeleteAircon sy compressor dia bising bunyi lori knpe ye? Aircon mmg sejuk.
ReplyDeleteMungkin minyak pelincir dlm kompressor dah kurang dan tanda2 kompressor dah nak kong..tapi selagi aircond masih sejuk lanyak dulu tuan. Cuba periksa juga kedudukkan kompressor tu dan skru pada badannya. Kalau perlu adjust atau sendal..sendalkan aje dgn kertas atau apa2 yg patut...hehe
DeleteBlh tmbh minyak ke?
DeleteHuhu...pernah buat. Complecated.
DeleteElok lg kalau tukar minyak baru
Delete0182760216
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOutdoor compressor angin sepatutnya panas kan? Tp mcm dah terbalik, aircond dlm keluar angin, angin compressor agak dingin.apa punca tuan?
ReplyDeleteBiasanya kalau mcm ni kompressor tak jalan
DeleteOutdoor compressor 1.5hp ,indoor unit 1.0hp,ada masalah tak bila guna unit luar dn dlm x sama hp?
ReplyDeleteOutdoor compressor 1.5hp ,indoor unit 1.0hp,ada masalah tak bila guna unit luar dn dlm x sama hp?
ReplyDeleteJarang2 dibuat org ni..boleh tapi membazir current sb yg keluar tu tetap 1hp kerana design coil tak sama. Dan takut2 nanti selalu high amp.
ReplyDeleteJarang2 dibuat org ni..boleh tapi membazir current sb yg keluar tu tetap 1hp kerana design coil tak sama. Dan takut2 nanti selalu high amp.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. sy ada masalah aircond daikin inverter. Dh 6 tahun aircond tu berkhidmat. Dh 2 bulan tak sejuk dan kipas tak jalan. Sy google jumpa page ni. So pagi tadi saya dah buka outdoor unit dan cari capasitor tu tapi tak jumpa la. Yg sy nampak ada PCB dan dekat ctu ada byk capasitor.. ke mmg inverter capasitor dia melekat kat PCB terus?
ReplyDeleteAircond inverter ni nak senang kena tgk code error dia... IZZAT 0176092325
DeleteWaalaikumsalam...tuan cuba refer pada gambarah litar skematik dekat kompressor tu mesti ada dimana2. Kebiasaannya kapasitor utk kompressor warna putih kilat dan utk kipas nerwarna hitam 4 segi..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya ada satu soalan. Logik tak kalau mana-mana part outdoor dah rosak tapi bila ON aircond, indoor ok dan dingin?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...dari segi teori tak logik sbbnya indoor hanya mengeluarkan angin sahaja mcm kipas meja. Manakala yg menyebabkan keseluruhan aircond sejuk adalah outdoor (kompressor). Jika salah 1 komponen di outdoor rosak maka keseluruhan sistem tidak akan sejuk. Contoh kipas meja tadi kalau dia sahaja kita akan rasa angin biasa sahaja tapi kalau kita letak ais batu baru ada rasa kesejukkannya...
DeleteKalau ada outdoor dua unit call saya ,saya akan tolong buatkan jadi portable airconditioner
DeleteMcm mane nak jadikan portable tu .?. ,sye ada 2unit oitdoor . ,1maybe compressor x jaln . ,lg 1 tempat nak masok gas tu rosak. ,
DeleteSalam encik zul,nak tanya tentang kompressor outdoor bising bila on.
ReplyDeleteDalam masa start on sehingga 15 menit ada bunyi bising dekat outoor,lepas tu
Kompressor senyap mcmbiasa.kalau off,lepastu on balik kompressor akan bunyi bising sehingga 15minit sebrlum normal balik.indoor dalam sejuk juga.apakah kerosakan kalau compressor luar bising?.harap dapat membantu.terima kasih.
Salam encik zul,nak tanya tentang kompressor outdoor bising bila on.
ReplyDeleteDalam masa start on sehingga 15 menit ada bunyi bising dekat outoor,lepas tu
Kompressor senyap mcmbiasa.kalau off,lepastu on balik kompressor akan bunyi bising sehingga 15minit sebrlum normal balik.indoor dalam sejuk juga.apakah kerosakan kalau compressor luar bising?.harap dapat membantu.terima kasih.
Waalaikumsalam..kebiasaannya bunyi bising ni disebabkan
Delete1)skru pada cover longgar
2) kedudukkan kompressor tidak seimmbang diatas rack
3) kekurangan gas jadi kompressor perlu bekerja keras
Cuba tuan periksa perkara2 diatas ye..
bro zulkidal, cover area mne ye? sye bru psg aircond 2nd. compressor sye ble on.. die pusing n dlm seminit mnt ade byi "uuuuk" (dlm 4 saat).. pastu dlm 5minit trus senyap. tukg psg ari tu mnta sye tkar compressor trus. Dlm dilema nk repair @ ganti trus
ReplyDeleteSaya di puchong tuan..bunyi uuuk dtg dari mana, kipas ke compressor? Terus senyap tu kipas dgn compressor tak jalan ke atau salah satu? Aircond masih sejuk tak kalau dua2 berfungsi? Kebiasaannya kalau kedua2nya berfungsi sekurang2nya 3-5 minit itu tandanya samada gas berkurangan atau terlebih. Cuba periksa paip copper berpeluh/berais atau langsung tiada apa2. Kalau berpeluh tu normal. Berais tanda gas kurang dan bocor. Taida apa2 maknanya gas langsung tak ada..
DeleteInshaallah balik nnt sye cek copper tu. dan perhatikan balik kipas/cmpressor (selama ni igt yg outdoor tu cmpressor je :P )
DeleteSalam.. copper tu die xsjuk lgsg.. tp ari tu org yg install tu dh msukkn gas. Leaking kt mne2 ke ye kalu mcm tu?
DeleteWaalaikumsalam...ye betul tu ada leaking dimana2..
DeleteSalam. Saya nak tanya. Kenapa bila on aircond, sejuk dia dalam 10 min lepas tu keluar angin sahaja? Sebelum keluar angin tu, boleh dengar compressor keluarkan bunyi macam dia dah 'off'. Kena tunggu sekejap dalam 10/20 min pastu compressor akan bunyi balik and unit dalam pun sejuk. Dah check gas semua ok tapi tukang check tu kata compressor rosak.
ReplyDeleteWaalaikumsalam...ni perkara biasa dlm aircond. Kebiasaannya terjadi ada beberapa sebab.
Delete1) Gas kurang/berlebihan
2) Terdapat sedikit angin didalam paip
3) Sistem tersumbat
4) Overload relay rosak
Semua perkara diatas bolwh menyebabkan overheat dan kompressor akan mati dgn sendiri. Overload relay rosak juga menyebabkan kompressor tak boleh run lebih tinggi. Kesimpulan cuba ganti overload relay dan vacuum kesemua gas dlm sistem dan kemudian isi gas baru. Sebelum tu periksa juga kalau2 ada pipe copper yg bengkok/kemek boleh menyebabkan overheat..waulahhuaklam
Terima kasih banyak2. Klu encik tak keberapan boleh ke kongsi anggaran kos untuk baiki kes-kes macam ni dan andai kata pipe copper bengkok/kemek pula berapa anggaran kosnyer?
DeleteBerkenaan dgn kos ni lain org lain harganya..tertakluk pada jenis pembaikan dan kesukarannya serta brg yg diganti..maaf saya tak dpt nak pastikan takut nanti ada yg tak suka..
DeleteSalam.. aircon rumah saya bila on sejuk..tp selepas 1 ke 2 jam, cooper kat indoor unit akan ada byk ais atau frost..lepas tu air dia menitik byk dalam rumah.. kenapa jadi mcm tu..?
ReplyDeleteTechnician yg pasang aircon tu buat pendawaian direct kat indoor unit sbb dia cakap board rosak.. masalahnya frost terlalu banyak hingga menyebabkan kat dlm indoor unit tu berbunyi mcm ais pecah..
DeleteWaalaikumsalam...kena service tu tuan sb indoor terlalu kotor menyebabkan udara sejuk tak dpt nak keluar sepenuhnya (tersumbat)..
DeleteSalam tuan on aircond. Paip cooper berais. Set suhu 16. Lebih kurang 15-20 min lampu on(hijau) padam. Lampu sleep mode (merah) blink 3x.lepas 5-10min.. aircond off sendiri. Apa masalahnya yer?
ReplyDeleteWaalaikumsalam..ni gas kurang tuan tapi sebelum tambah gas perlu periksa kebocoran dulu. Biasanya kebocoran yg menyebabkan gas berkurangan. Cuba guna air sabun dan sponge periksa dekat paip penyambung dgn teliti..mungkin kebocoran micro sahaja. Biasanya kalau ada kebocoran boleh nampak ada kesan minyak pada pipe..
Deletekalo bocor berapa caj selalu org ambil??sbb aircond pakai 2 tahun...pangill techician seevis..pastu dy kata gas kurang sikit...sy tanya ada bocor x..dy kata x da..mmg normal kurang sikit katanya...
DeleteHarga ni bergantung pada kerja yg technician tu buat tuan..maaf saya tak dpt nak sebutkan harganya. Gas aircond ni sama mcm gas peti sejuk. Kalau takde kebocoran dia takkan berkurangan. Sedikit mungkin ada tapi amat sedikit kurang dari 5%. Belum pernah saya dengar org tambah gas peti sejuk...hehe melainkan bocor aje.
Deletesalam...masalah aircon sy dulu set suhu 22-23c dah sejuk gigil..tapi sejak baru2 nie kena set 17-19c baru rasa sejuk tu pun biasa2 jer....sebab apa yer??
ReplyDeleteWaalaikumsalam...bnyak faktor juga yg menyebabkan aircond menjadi kurang sejuk antaranya..
Delete1) Kurang efficient sb banyak habuk dan kotoran.
2) Kompressor da motor kipas dah semakin lemah.
3) Faktor cuaca didalam dan diluar rumah.
Waullahualam...
Salam. Aircond portable 1hp jenama elba asyik leaking air. Kena servis ke?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...ye tuan kena service tu mungkin habuk dah banyak melekat
DeleteAssalamualaikum. Kalau tukar kompressor yg tak sama saiz. Contohnya yg asal 30 tukar dengan yg baru 45. Apa kesan dia?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...maksud tuan capasitor ke? Boleh aje tuan tapi compressor akan cepat rosak sebab load yg masuk lebih tinggi dari yg diperlukan. Lagi satu current juga akan jadi lebih tinggi. Seeloknya biarlah sama atau +- 10% daripada yg asal.
DeleteOh macam tu ke. Terima kasih banyak-banyak ye.
DeleteSama2..
DeleteSalam, aircond panasonic 1hp angin panas & timer blinking & OFF.
ReplyDeleteAircond sudah diservis, mereka tambah buang gas lama n isi yg baru... aircond masih x sejuk..timer masih blinking...mereka tukar termistor pun masih sama....lepas tu mereka tukar kapasitor yg lebih besar 35...pun selepas 1 jam aircond akan berhenti, timer blinking....mereka kata compressor pandai panas..apa masalah kerosakan ini sebenarnya tuan?...semua tukar pun masih alami masalah yg sama...
Waalaikumsalam..masa buang gas tu guna kaedah apa ye puan? Kebiassannya guna kaedah vacuum dan buang fas lama. Ni tada kena mengena dgn thermister. Ini disebabkan sistem overheat. Servis yg puan buat tu buka keseluruhan indoor/outdoor ke atau servis biasa sahaja. Masalah overheat ni ada mcm2...
Delete1) Kurang gas/ terlebih gas.
2) Ada udara didalam piping.
3) Kebocoran (besar/micro)
4) Piping tersumbat (bengkok/kemek)
5) Tiub capilari tersumbat
6) Filter dryer kotor.
7) Fin outdoor kotor
8) Kipas compressor lemah.
Semua diatas adalah penyebab overheat yg menyebabkan amp tinggi dan memutuskan overload pada compressor supaya compressor tak rosak. Puan perlu check kesemua perkara diatas dripada yg paling mudah dahulu sampai ke tiub capilari. Periksa juga paip copper tu samada berpeluh atau panas?. Tip untuk mencari kebocoran puan boleh lihat ada kesan minyak dikawasan tu. Gunakan air sabun cuci kawasan tersebut dan lap bagi kering. Kemudian on aircond biarkan sampai mati sendiri dan check semula kawasan tadi samada berminyak atau tidak. Kebiasaannya pada penyambungan piping antara outdoor dan indoor termasuk penyambungan di compressor..
Selamat mencuba..
Asalamualaikum tuan, sy pun urg mekanik aircond juga mengalami problem yang sama, panasonic 1.5hp timer (lampu merah) blinking, dan compressor outdoor unit selalu off dalam masa (3min) dan on semula (5min) sepanjang satu jam sy pasang on repeat 5min 3min, tapi bila sy tukar indoor unit jenama lain compressor outdoor unit panasonic okay je takde problem, adakah indoor panasonic pc board ada problem?
DeleteWaalaikumsalam...segan rasanya nak jawab sb ilmu saya tak seberapa ni hehe..saya pernah juga mengalami masalah sama mcm ni. Tuan dah cuba tukar thermister ke? Kalau dah tukar masih sama juga cuba tuan buka fcu tu check kat bahagian copper pipe. Barangkali ada terdapat piping kemek dan kebocoran halus kat situ. Kalau boleh rendam dalam air keseluruhan fcu tu termasuk piping sekali. Saya pernah alami ni akhirnya piping kat bahagian bending tu bocor tapi tak perasan..harap membantu. Pengalaman saya le aircond board ni kalau problem keseluruhan sistem tak boleh berfungsi sb litar dia berkait antara satu sama lain..
DeleteAssalamualaikum cik zul. Aircond saya tak boleh berfungsi. Bila saya ON je suis, timer lamp akan blinking 14 kali dan akan berhenti kelip dalam 2 3 saat. Lepas tu dia ulang balik blinking tu. Bila saya cari kat manual, dia kata outdoor unit problem (Over voltage is detected by system power module)(faulty SPM). 'System power module' tu boleh dibaiki ke? Atau pun boleh ditukar 1 component dia? Berbaloi ke harga untuk baik pulih dengan kerosakan tersebut?
ReplyDeleteWaalaikumsalam..boleh saya tau aircond tuan jenama apa dan jenis inveter ke non inveter? Kalau board yg rosak mmg mahal dan sukar dibaiki tambahan yg jenis inveter. Kerjanya pun rumit. Masih berbaloi tuan kalau tukar jika aircond tuan masih baru tapi kalau dah hampir2 10 tahun elok le tuan beli unit yg baru.
ReplyDeleteBrand: Hitachi
DeleteIndoor Unit Model: RAS-5115CC
Outdoor Unit Model: RAC-5115CC
Kalau part yg inverter/non-inverter tu sapa tak pasti.
Nak tau aircond tuan jenis inverter atau tidak cuba buka cover outdoor tu kalau ada jumpa panel board tu maknanya jenis inverter. Selalunya masalah inverter ni pada electronic boardnya yg sensitive. Apa pun cuba tuan buat major service dulu. Buka cover indoor dan bersihkan sirip2 juga blower fan. Guna spray air dan berus gigi. Kadang2 sebab terlalu banyak habuk yg melekat dan menyebabkan udara keluar masuk tersumbat compressor jadi panas dan cut off..
Deleteassalamualikum tuan.. masalah compressor x hidup n kipas x consisten skjp kuat skjp prlahan.. sy dh tukar capacitor baru masalah tetap sama tuan
ReplyDeleteWaalaikumsalam..boleh tahu tuan dah guna aircond ni berapa lama? Kalau kapasitor dah ganti maknanya motor kipas tu dah semakin berat. Boleh buka motor kipas tu servis dan tambah gris. Masalah kompressor ni tuan boleh testing samada masih elok atau dah kong. Caranya tuan buka cap kat atas kompressor tu kemudian guna multimer shortkan pada terminal CR, CN dan NR. Seharusnya ada bacaan tapai kalau salah satu tu takde bacaan bermakna compressor dah rosak. Kalau ada bacaan masih bolwh digunakan tuan cuma perlu ganti thermostat relay kat dalam cap tadi. Hati2 pastikan tuan ambil gambar atau tulis dulu pada kertas sebagai nota sebelum mencabut wayer ye sb setiap termimal tu ada tanda utk setiap wayer..
Deletedah 3 tahun tuan.. tapi sy dh chck x ada thermostat relay kat atas compressor tuan.. cuma yg ada 3 wayer terus kat pin. jenis aircon panasonic 2.5hp
DeleteTuan dah buat test pada terminal 3 wire tu tak CS,CR dan RS?. Ada bacaan tak?
Deletetechnician dh check tuan.. dia ckp compressor jammd
DeleteHaha..kalau technician dah check netul la kot tapi tuan boleh check sendiri. Biasanya kalau compressor kong automatik terus cut off letrik. Apa pun tak berfungsi termasuk kipas.
ReplyDeleteowh.. ni letrik x cut off tuan.. hmm dh kena lh ni ngan techncian
DeleteHehe...sb tu saya suruh periksa dulu kat terminal kompressor baru panggil technician..
Deletehehe ok thnk u tuan
DeleteAssalamualaikum tuan. Saya baru lepas servis aircond. Lepas seminggu ac langsung tak sejuk. Panggil technician tadi, dia tukar pulak kapasitor compressor kena rm120. Sejuk tu sejuk la tapi tak jugak sesejuk dulu. Try 16c pun sejuk gitu gitu je. Lepas tu compressor kat luar pulak bunyi "ketak" "ketak" "ketak". Memang biasa ke gitu. Selama dah bertahun pasang ac tak pernah pulak dengar bunyi macam tu tapinya. Apa sebabnya ye? Kena panggil techician lagi ke? Adoiiii..dah habis rm 270 dah dlm tempoh seminggu je..adoi laaa..
ReplyDeleteWaalaikumsalam..ni masalah ada kebocoran ni sb tu kompressor tu berbunyi ketak2 kerana minyak kurang didalamnya. Kalau tuan boleh isi semula gas tak perlu panggil technician. Tapi sebelum isi perlu cari dimana kesan minyak yg keluar. Cuba periksa pada bahagian penyambungan pipe copper kebiasaannya di situ.
DeleteSalam tuan, aircond inverter kalau tak sejuk, kipas jalan tapi compressor takde bunyi tu sebab apa ye tuan?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...ada masalah pada capasitor di board tu tuan.
Deletesalam tuan sy ada 2 soalan . 1. pti ais beku di comp. 2.peti ais beku selepas capillary tube.hrap dpt mmbantu. t.k
ReplyDeleteWaalaikumsalam...aduh bab peti ais ni bukan kemahiran saya ni tapi saya cuba ye..
Delete1. Beku di comp..ni compressor ke compartment? Peti ais ni ada jenis yg nyah defrost. Udara lembab dan suhu sejuk yg terkumpul didalam ruang tersebut menyebabkan dia frost.
2. Kebiasaannya kalau tube copper beku ( frost) tak kira le dimana2 itu tanda kekurangan gas. Barangkali ada kebocoran atau capillary tersumbat..
Waullahuaklam..
Salam tuan,tumpang bertanya...kenapa on aircond terus trip...unit dalam tak bypass...klau kes mcamni kompressor rosak ka tuan
ReplyDeleteWaalaikumsalam..maaf lambat reply. Ye tuan salah 1 cara mudah nak check kompressor tu rosak ke tak tuan cabut wire pada board yg pergi ke kompressor diterminal kompressor atau di indoor board. Pasru on tengok trip ke tak. Kalau tak trip tu makna kompressor dah rosak kalau trip juga makna ada incoming kabel rosak
DeleteKompressor kipas jalan tapi tak sejuk.. Kenapa ye?
ReplyDeleteKipas jalan belum tentu kompressor jalan tuan hehehe. Cuba tuan dengar ada bunya dengung tak pada outdoor unit. Dan periksa juga angin yg keluar pada kipas outdoor tu biasa je ke panas. Kalau panas makna kompressor bekerja. Kalau kompressor tak bekerja tu ada masalah dgn capasitor kompressor. Tuan ganti capasitor tu dulu tengok camana. Cara nak tukar capasitor tuan boleh tengok nota yg saya tuliskan dlm bog saya ye..t.kasih
DeleteAssalamualaikum Encik Zul. Saya merupakan student praktikal di Kolej Vokasional Juasseh di dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara (PPU). Jadi saya amat memerlukan blog seperti ini untuk saya lebih mendalami ilmu ppu dan untuk diajar kepada murid ppu. Saya ada hajat untuk Encik Zul kongsikan dengan saya nota-nota yang berkaitan PPU untuk saya lebih mendalami ilmu ppu ini. kalau ada boleh Encik tinggal no wasap? nnti saya contact encik. Terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam...maaf cikgu saya bukan pandai dlm bidang aircond cuma sedikit ilmu yg saya ada utk saya kongsi bersama kawan2. Tapi kalau cikgu rasa ilmu yg saya ada ni berguna utk murid2 cikgu saya tiada masalah utk dikongsikan dan semuga ianya bermanfaat. 01110202987
DeleteSalam en zul..tumpang tanya kipas outdoor tak pusing dah cek kipas ok
ReplyDeleteWaalaikimsalam...maaf tak faham soalan tuan. Kipas kalau tak jalan maknanya tak ok. Yg tak ok apa sebenarnya ye hehehe..
ReplyDeleteTerbaik blog ni..harap tuan Zul dapat teruskankan berkongsi..trima ksih tuan atas ilmunya..klo sy bce blog ni, dah tentu tak kena rm200 hanya utk sebiji kapasitor..aduhai..
ReplyDeleteIn Shaa Allah tuan..semuga bermanfaat utk semua.
DeleteAssalamualaikum tuan zulkidal,semoga Allah swt membalas jasa tuan untuk membantu org awam dlm penulisan ttg ilmu ini,Alhamdulillah byk yg sy dapat timba dlm ilmu yg tuan curahkan..semoga Allah swt memberkahi tuan sekeluarga..aamiin.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah...aamiin..t.kasih tuan mendoakan saya sekeluarga. Sebaik2 manusia ialah org yg boleh memberi manfaat kepada org lain. Jadi hanya ilmu sahaja yg boleh dimanfaatkan dan diturunkan dan berkekalan. Sama2 kita kongsi ilmu saya yg sedikit ni supaya semua dapat manfaatnya.
DeleteAssalamualaikum tuan Zulkidal,saya pengguna air cond jenis daikin 1.0hp..Air cond berusia 4 tahun dari tarikh beli(Beli baru), masalah yang saya alami outdoor compressor x berfungsi,kipas tak jalan..hanya angin je rasa dan tak sejuk...selama 4 tahun ni cuma cuci sendiri filter je(indoor)...Nak claim warranty resit pulak hilang...Adoyai...
ReplyDeletekalau masalah yang saya alami berkaitan dengan kapasitior jugak ke tuan?
lagi satu "discharge kapasitor yang tuan maksudkan tu kene buat sebelum cabut wayar dari kapasitor atau selepas cabut wayar?
kapasitor yang macam tin susu tu berapa harga nya ye tuan?
ReplyDelete